Saturday, April 16, 2011

Akhirnya keputusan di ketahui...

Alhamdulillah, setelah berminggu-minggu menanti dengan penuh debaran, akhirnya semua 71 kerusi di DUN Sarawak telah pun di ketahui penyandangnya. Sekalipun keputusannya agak jauh dari yang di sasarkan, namun sebagai pendokong perjuangan, kalah menang bukanlah perkara utama dalam perjuangan. Pun begitu, bergembira dengan kemenangan adalah lebih baik dari bersabar dengan kekalahan.

Sekalipun PAS tewas di semua kerusi yang di tandinginya, namun semua kerusi tersebut mencatatkan perkembangan yang positif. Beting Maro antaranya mencatatkan penurunan majoriti BN yang amat drastik. Dari majoriti lebih kurang 800 undi pada tahun 2006, tinggal 391 kali ini. DUN Tanjung Datu yang di amanahkan bersama kepada Johor, Melaka dan Pahang mencatatkan bilangan undi 1003 berbanding hanya 400 yang di perolehi PKR pada tahun 2006.

Apa pun Tahniah kepada DAP dan PKR yang telah memperolehi kerusi yang lebih baik berbanding 2006.

Keputusannya telah pun di ketahui, masanya untuk menyusun jentera bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang yang pastinya akan datang dalam jangkamasa yang sangat singkat. Semoga Pakatan Rakyat akan memperolehi keputusan lebih baik.

Thursday, April 14, 2011

Sarawak Bumi Kenyalang...

Hari ini Sarawak dan rakyatnya sedang bergelut dengn satu peperangan. Peperangan yang bakal menentukan samada Taib Mahmud akan kekal berkuasa atau bakal mengikut jejak langkah Mubarak, Ben Ali, Wan Mokhtar Ahmad dan mereka yang seangkatan dengannya.

Kebanyakkan orang menyebut puncanya sebab terlalu lama memerintah... Kalau tanya saya, soalnya bukan lama memerintah, tapi lama sangat bermaharajalela. Kalaupun lama memerintah tetapi memerintah dengan penuh adil, menjauhi harta negeri, rasanya tak siapa akan benci. Tapi bila di ceritakan kekayaannya mencecah angka bilion ringgit, dalam keadaan rakyatnya hidup miskin, siapa yang tidak terasa...

Kebetulan dalam tempoh setahun dua ni agak kerap ke Sarawak, setelah begitu lama meninggalkan tanah borneo itu tahun 1996 dulu. Tidak dapat di nafikan Sarawak banyak berubah berbanding 10-15 tahun dulu. Namun realiti kehidupan rakyatnya seakan-akan tidak berganjak.

Kami menaiki penerbangan petang Ahad 3 April dan sampai di Sematan keesokan harinya. kami cuba seboleh mungkin menyediakan kelengkapan dan keperluan untuk jentera dari Johor yang kan sampai bermula dari Hari Selasa 5 April. Pekan Sematan sudah jauh berubah berbanding 15 tahun lampau. Pantainya juga tidak seindah waktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini pada tahun 1996 dulu.

Saya masih ingat perjalanan dari Kuching ke Sematan waktu itu mengambil masa 4 jam dengan menempuh jalan berbatu. Menaiki Feri untuk menyeberangi Sungai Kayan. Pantai Sematan penuh sesak dengan kapal berisi kayu yang khabarnya datang dari Seberang Sempadan. Pun begitu saya masih ingat, airnya sangat bersih dan cantik di pandang. Semua itu sudah tiada hari ini. Sungai Kayan sudah di rentangi jambatan yang khabarnya siap sejak 2005 dulu.

Sesampai di Sematan, misi pertama kami adalah cuba seboleh mungkin untuk melengkapkan rumah kontinjen Johor. Alhamdulillah, rumah penginapan yang di pilih oleh Jentera Pahang untuk kami di sebelah sematan ini cukup selesa. Misi seterusnya adalah melengkapkan dapur untuk kegunaan sahabat-sahabat yang akan sampai. Ke sebuah kedai di pekan Sematan, cabaran pertama kami adalah untuk mendapatkan tong gas untuk kegunaan sepanjang hampir dua minggu ini apabila di maklumkan bahawa bekalan tong gas sangat berkurangan di Sarawak.

Akhirnya setelah puas berbincang dan setelah pekedai mengetahui bahawa kami adalah rombongan dari Parti Islam Semalaysia, dia memberi kepercayaan kepada kami untuk membeli tong mereka dengan syarat agar ianya perlu di kembalikan semula sebelum kami pulang dengan harga RM150 (tong dan gas). Barangan keperluan kami di hantar oleh pekerja kedai tersebut yang telah bekerja selama 40 tahun dengan gaji terkini RM600!!! Adus... setelah 40 tahun bekerja...

Sampai di Sematan, kami bertemu dengan Pak Awang, seorang nelayan yang sejak muda, kehidupannya tak lari dari laut, dari kelasi kapal hinggalah jadi nelayan. Kehidupannya serba sederhana, dengan rumah yang separuh sempurna. Kami juga di perkenalkan dengan Pak Rajak, seorang bekas kakitangan awam yang pulang ke Sematan sejak tahun 90an lagi. Kisah Pak Rajak lebih menarik untuk di ceritakan. Dia berulang alik menghantar cucunya ke sekolah di Pekan Sematan dari rumahnya yang jaraknya saya kira lebih 2 kilometer dari Sekolah.

Keesokan harinya kami meronda di seluruh 4 Daerah mengundi yang diamanahkan kepada Kontinjen Johor sepanjang Pilihanraya Negeri Sarawak kali ke 10 ini. Sepanjang perjalanan dari satu kampung ke satu kampung, jelas kelihatan rumah-rumah usang dan uzur di kiri kanan jalan yang sedikit sebanyak memberi gambaran kedudukan sosio ekonomi penghuninya.

Sedih rasanya sebuah negeri yang kaya begini mewariskan kemiskinan kepada rakyatnya...

Misi saya dan Tuan Bendahari Perhubungan Negeri Johor berakhir pada hari Rabu. Sebaik saja selesai proses penamaan calon, kami bergerak ke Kuching untuk pulang ke Johor dengan harapan kami telah menyediakan prasarana asas yang secukupnya untuk pasukan Johor yang akan bekerja sehingga 16 April.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tuan rumah yang kami sewa di daftarkan atas nama homestay telah menerima ugutan dan mengembalikan wang sewa rumah yang telah kami bayar. Alhamdulillah, sahabat di Sarawak dapat mencari rumah kedua yang juga selesa milik penduduk tempatan yang bekerja sebagai peraih. Tuan rumah kedua yang mencari rezeki sebagai peraih ikan juga menerima ugutan dan memohon kemaafan dari kami kerana terpaksan mengembalikan wang sewaan yang telah kami bayar. Bagi beberapa hari yang rumahnya di sewa kepada petugas Johor beliau tidak mengambil sebarang bayaran atas dasar memohon maaf.

Apabila berlaku dua insiden ini, Pak Awang dan Pak Rajak yang merupakan orang tempatan tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. Pak Awang melahirkan kesedihanya dengan membandingkan bahawa dia pernah kehilangan 2 anak, namun kesedihannya tidak sama dengan apa yang dia rasakan pada hari ini.

Semoga peristiwa yang berlaku ini akan memberikan kekuatan kepada petugas tempatan dalam meneruskan kelangsungan dan memberi kesedaran kepada mereka tentang jahatnya rejim yang memerintah mereka selama ini...

Politik hari ini

Bercakap soal politik hari ini, tak mungkin dapat lari dari kerja jijik memaparkan video lelaki Y. Kerja menakutkan pengundi dari sejauh kampung di pedalaman hinggalah bandaraya seluruh Sarawak, kisah seorang demi seorang keluar pakatan rakyat dan menyertai barisan... banyak betul isu yang berlaku...

Kisah musim pemilihan dalam Parti PAS pun suatu yang panas juga. Dari kisah mesyuarat agung cawangan yang panas sebab semua orang menolak bila di minta jadi ketua cawangan, hinggalah kisah Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Datuk Paduka Husam Musa untuk menjadi Presiden...

Banyaknya perkara yang berlaku...

Bukan setakat bersawang...

Lama betul blog ni tak di jengah... bukan setakat bersawang, dah berkulat dah pun...