Thursday, June 26, 2008

Bukti Keperihatinan Kerajaan

Akhirnya Parlimen bersetuju dengan usul... walau apa pun namanya... niatnya untuk menaikkan harga minyak. Paling best bila seluruh ahli Parlimen Barisan Nasional menunjukan betapa mereka "perihatin" dengan masalah rakyat apabila semua dari kalangan mereka yang hadir menyokong untuk kerajaan menaikan harga minyak... Tahniah pengundi BN...
Usul pengundian kali ini benar-benar menunjukan betapa mereka "ikhlas" dan berterus terang dengan sikap mereka sebenarnya. Mereka bukanlah dari kalangan orang yang bermuka-muka. Mereka rasa tidak jadi masalah bagi rakyat untuk harga minyak di naikan... jadi mereka menyokong agar harga minyak di naikkan.
Tahniah sekali lagi kepada pengundi BN

Wednesday, June 18, 2008

Apa nasib rakyat Malaysia???


Dua minggu setelah kenaikan "GILA" harga minyak negara, menyaksikan keretapi Inflasi mula bergerak seiring dengan pergerakan kepalanya, Minyak. Dari tambang Bas, sewa kenderaan pengangkutan sehinggalah kepada harga teh tarik dan roti canai di warong, rata-rata menunjukkan peningkatan seperti yang sudah di jangka.


Pak menteri yang menjaga kedai runcit sibuk berkata, "Jangan naikkan harga barang". Tahukah dia bahawa setiap benda yang nak di jual kepada rakyat perlukan kenderaan untuk mengangkutnya samada dari kilang di dalam negara bagi barangan hasilan tempatan, mahupun dari Pelabuhan dan gudang-gudang bagi barangan yang diimport dari luar negara. Bila tuan punya lori mengumumkan kenaikan kadar sewa sebanyak 40 peratus, kesan langsungnya semua orang sedia maklum.


Apakah menteri-menteri yang jumlah elaun keraiannya cukup untuk menampung sebahagian dari subsidi Minyak negara kita tidak memikirkan kesan langsung kenaikan harga disel ini terharap kenaikan kos pengangkutan? Apa bengap sangat ke meraka ni sampai benda simple macam tu pun tak boleh nak fikir?


Saya tidak berhajat nak membela tuan punya lori, tetapi kenaikan harga disel sebanyak RM1 bagi setiap liter bermakna tambahan 60 peratus bagi kos bahan bakar kenderaan mereka. Tahukah Pak-pak menteri ini yang setiap penambahan itu bermakna setiap kenderaan memerlukan tambahan 5-6 ribu sebulan untuk kos Disel? Dah tuan punya lori ni nak ambik duit mana nak topup kenaikan kos disel ini kalau tak dari poket kita pengguna? Mereka berniaga, bukan jadi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Ada kawan tuan punya lori yang mengadu perlu tambah RM6 ribu sebulan untuk kos Disel. Seorang lagi kontraktor yang terpaksa tambah RM7 ribu sebulan untuk kenderaan. Kemana nak mereka agihkan kos ini semua kalau tidak kepada kita pengguna?


Saya agak sedih bila memikirkan nasib rakan-rakan yang hidup sebelum ini sekadar cukup. Dengan pendapatan RM1000-1200 sebulan untuk menyara isteri dan 7 anak... Dalam keadaan harga beras yang terus naik... Cara hidup apa lagi yang nak mereka ubah? Si celaka yang duduk dalam bilik Air Cond lepas tu cakap soal ubah cara hidup, mereka pulang ke rumah setiap bulan dengan tidak kurang dari 50 ribu, memang la boleh bercakap soal ubah gaya hidup...


Kalau sebelum ni mereka beli baju dalam Kat Itali, lepas ni beli kat Singapore je... Kalau sebelum ni beli kasut kat Paris, beralih beli kasut kat London pulak... Hakikatnya yang terus terbeban adalah rakyat bawahan.


Semalam Isteri saya pulang kerumah dengan membawa satu cerita bagaimana ada keluarga yang bayi mereka hanya di beri minum susu pekat manis, kerana mereka tidak mampu beli susu berformula untuk anak mereka. Siapa yang nak bertanggungjawab atas kesusahan golongan ini?


Alhamdulillah, Kerajaan Selangor sudah memulakan langkah mengurangkan beban rakyat miskin dengan memberikan barang makanan secara percuma untuk rakyatnya. Saya amat berbesar hati kalau bantuan barang makanan ini bukan setakat diberi sempena 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi dijadikan agenda rutin kerana ramai dari kalangan rakyat hari ini yang terbeban dengan kenaikan harga minyak. Tapi itu cerita di Selangor, bagaimana dengan Negeri-Negeri lain?


Harapan saya agar lebih banyak negeri yang mengambil langkah melaksanakan agenda Negeri Berkebajikan seperti ini untuk kesejahteraan rakyat.


Kepada bangsat yang menaikan harga minyak sesuka hati, ingatlah bahawa Allah maha berkuasa atas tiap sesuatu. Kamu naikan harga minyak dalam keadaan kamu hidup mewah dan mengorbankan kehidupan rakyat miskin yang selama ini mengundi kamu. Jawablah kamu di hadapan Allah kelak, bila mana rakyat miskin ini menuntut atas kezaliman yang kamu lakukan

Sunday, June 15, 2008

Proses Bayaran Rebat Lancar... Hehehe

Lancarnya...


Bila PM tak pasti apa yang dia cakap... Cakap pun belit-belit...

Apa nak jadi Perdana Menteri kita ni? Semalam kata lain, hari ni kata lain... Ini bukan pertama kali dia buat perangai macam ni. Sebelum ni, waktu mengumumkan tarikh Pilihanraya dia buat benda yang sama... Cuba baca kat sini... Hari ni dia buat lagi kerja gila dia ni...

Apa yang berlaku semalam... (13 Jun 2008) seperti di laporkan dalam Malaysiakini "Ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai kanan kerajaan, Abdullah berkata:"Saya dan Najib telah bermuafakat dan kita berdua telah bersetuju bilakah masanya saya bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih sebagai Perdana Menteri." Kalau tak percaya tengok versi Berita harian pulak... Ataupun versi cetak


Tapi hari ni... 14 Jun 2008 "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi." Kat Berita Harian... Versi Cetak pulak
Gila la dia ni...

Minyak ok minyak...

Kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat merupakan suatu perkara yang tidak mungkin dapat di kawal apatah lagi dihalang. Dengan kadar kenaikan mencecah 40 peratus bagi Petrol, ianya memberi kesan besar bagi hampir seluruh rakyat. Satu kiraan matematik yang mudah dapat menjelaskan kepada kita tentang dangkalnya pemikiran para pemimpin negara hari ini dengan pelbagai bentuk cadangan penyelesaian mereka.
Bagi sebahagian keluarga di Malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM2000,00. Kenaikan harga minyak ini memberi kesan besar dalam perbelanjaan seharian mereka. Seandainya selama ini mereka memerlukan RM300 setiap bulan untuk petrol mereka, bermakna mereka perlu memperuntukan sekitar RM120 tambahan setiap bulan untuk petrol mereka sahaja.
Dengan tidak mengambilkira kenaikan harga barangan lain yang sudah pasti tidak mungkin dapat di tahan, setiap keluarga ini memerlukan tambahan RM120 sebulan bermakna tambahan sebanyak 6 peratus dari keseluruhan pendapatan.
Seandainya kenaikan harga barangan lain diambil kira, bermakna setiap keluarga ini memerlukan tambahan 10 peratus dari jumlah pendapatan bulanan untuk memastikan mereka terus bertahan. Bagaimana pula dengan keluarga yang berpendapatan kurang dari RM2000 sebulan?
Tekanan hidup ini pastinya akan menambah bilangan rakyat Malaysia yang mengalami Tekanan jiwa setiap tahun, mungkin akan menambah bilangan rakyat Malaysia yang akan mengambil langkah mudah untuk mengatasi masalah kehidupan mereka dengan menamatkan hidup mereka...
Siapakah yang perlu bertanggungjawab atas apa yang bakal berlaku nanti akibat dari kesan kenaikan harga Petrol dan Diesel ini? Semoga Pat Lah dan Kabinet Dapurnya dapat mencari penyelesaian atas masalah yang mereka timbulkan...