Thursday, May 28, 2009

PEMUDA PAS : Rijal at - Taghyir

PEMUDA PAS : Rijal at - Taghyir

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية ءامنوا بربهم و زدناهم هدى و ربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السماوات و الأرض لن ندعوا من دونه إلها لقد قلنا إذا شططا

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka berkata : Tuhan kami adalah Tuhan Langit dan Bumi , kami sekali - kali tidak menyeru Tuhan selain Dia . Sesungguhnya kami kalau sedemikian , telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran .

Surah al Kahfi : Ayat 13 - 14

Pemuda yang saya maksudkan sebagai Agen Perubah [ Rijalut Taghyir ] ini ialah pemuda yang beriman dengan satu keimanan yang meletakkan pemuda sebagai hamba Allah yang taat kepada segala titah perintah Allah dan senantiasa siap dan sedia untuk melaksanakan apa jua tuntutan syara' . Mereka laksana hawariyun yang siap sedia menjawab : "Kamilah tentera - tentera Allah" ( نحن أنصار الله ) ketika ditanya siapa dikalangan kamu yang mahu bersama berjuang menegakkan agama Allah swt.

Iman ( Aqidah ) yang Sohih.

Perjuangan yang kita dokong dan urus ini adalah perjuangan Islam . Justeru itu dasar , objektif dan matlamatnya juga Islam . Sebarang penyimpangan daripada Islam merupakan satu jenayah perjuangan yang kelak menyumbang kepada kerosakan kekal terhadap perjuangan suci ini malah diri pejuang itu sendiri turut menjadi mangsa .

Lantaran itu , pemuda mesti memiliki tahap pegangan agama yang utuh tanpa mampu digugat biarpun terpaksa berhadapan dengan apa jua situasi yang mencengkam samaada dari luar atau dalam . Tanggungjawab ini bukan sahaja digalaskan kepada pemimpin tetapi juga kepada seluruh ahli.

Pemuda yang mempunyai pegangan agama yang utuh dan iman yang mantap bukan sahaja meletakkan mereka layak untuk membawa perubahan tetapi wajib memimpin perubahan .

Mereka bukan pemuda yang menjadi "pak turut" dan jauh sekali "berangan" dalam perjuangan besar ini. Bahkan mereka juga tidak "kalut" mendepani realiti . Segalanya bermula dengan akar keyakinan yang jelas mengasas langkah perjuangan tanpa gentar dan panik menyerap tekanan serta meredah halangan .

Mereka adalah pemuda yang tahu apakah yang ia perjuangkan , untuk apa ia diperjuangkan dan bagaimana ia diperjuangkan .

Pemuda yang menggabungkan diri dengan Gerakan Islam berasaskan Aqidah ( intima' al aqidah ) , mendokong cita - cita perjuangan junjungan besar Nabi kita Muhammad saw untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi . Bukan pemuda yang sarat dengan cita - cita politik duniawi memburu jawatan dan pengaruh kuasa tanpa melihat kepada ruang dan peluang untuk Islam .

Tidak juga pemuda yang gopoh memburu kemenangan tanpa melihat kepada tahap masak matangnya perjuangan Islam yang didokong . Tentu sahaja kita semua membaca kisah Khabbab al Arat bersama Nabi saw :

و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون

Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?

Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari

Betapa pejuang seperti Khabbab yang telah merentasi tempoh perjuangan dan pengorbanan yang getir masih dianggap gopoh oleh baginda saw. kenapa kita begitu tergesa - gesa inginkan kemenangan pula melalui jalan short cut sedang perjuangan dan pengorbanan kita belum ditahap maksima .

Saya bimbang kita hanya membina Istana Pasir . Indah dan cantik rupanya , tetapi menunggu saat runtuh dan binasa yang lebih parah selepasnya. Waliyazubillah !

Pemuda Rijalut Taghyir

Gerakan pemuda sejak awal bersama Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) sangat konsisten membawa cita - cita perubahan dari sekular kepada Islam , dari kufur kepada Iman , dari bathil kepada haq , daripada zalim kepada adil . Perjuangan yang telah menyaksikan pimpinan dan aktivis pemuda keluar masuk penjara dan menjadi bahan belasahan musuh - musuh Islam.

Tentu sahaja perjuangan ini mengharapkan kejayaan dan kemenangan namun ia bukan matlamat perjuangan kita pemuda Islam . Kemenangan adalah anugerah Allah yang akan dikurniakan kepada yang berhak dan layak setelah mereka terbukti sanggup mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam ini setulusnya tanpa mengharapkan sesuatu selain redha Allah swt.

Ini bukan minda pembangkang dan bukan juga minda orang yang kalah tetapi ini adalah minda sunnah berasaskan manhaj perjuangan suci .

Kemenangan tidak diberi kepada Sang Gopoh , Mat Kalut bahkan tidak juga dikurniakan kepada Mat Jenin . Tetapi diberi kepada mereka yang telah berjaya memiliki pra syarat kemenangan seperti yang digariskan oleh para ulama' al mujahidin bertunjangkan manhaj an nabawi .

Bukan saya prejudis dengan kemenangan tetapi jangan dipetik buah sebelum masaknya. Sekalipun kita berjaya memetik , kita hanya akan memakan buah yang putik dan mungkin pahit atau masam rasanya. Alangkah jika kita bersabar menanti buah yang masak , lalu kita memetiknya sudah tentu kita akan merasai nikmat dan lazat yang tidak terhingga .

Saya yakin Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijak . Masakan Allah gagal atau terlupa untuk memberi kemenangan setelah kita dikenal pasti layak .

Ada yang mempersoalkan tempoh 50 tahun kita berjuang apakah ia belum menjadi tempoh matang ? 50 tahun rakyat pula derita dibawah UMNO dan BN yang zalim dan kejam , apakah kita masih boleh bersabar ?

Inilah sifat perjuangan Islam yang bila - bila pun tidak terikat dengan tarikh dan tempoh . Kita berjuang meredah masa dan merentas zaman . Kalau 50 tahun kita sudah rasa lama menanti , bagaimana pula dengan ummat terdahulu . Nabi Nuh as. mengambil masa 950 tahun malah penguasaan Firaun juga mengambil masa ratusan sebelum ia ditumbangkan oleh Allah swt.

Kalau sememangnya kita layak dan berhak , saya yakin Allah swt akan memberikan kemenangan itu kepada kita pada bila - bila masa , kerana telah sabit janji daripada Allah swt . kepada kita yang berjuang :

و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

Sememangnya kemenangan bukan hak kita sebaliknya ia milik Allah swt tanpa kita boleh mengambilnya sekehendak kita . Kalau boleh ikut kehendak kita , bukan esok apatah lagi lusa tetapi hari ini kita mahukan kemenangan itu . Tetapi Allah sebut :

و ما النصر إلا من عند الله إن الله عزيز حكيم

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfal . Ayat 10

Jatuhkan UMNO dulu ( ABU : Asal Bukan UMNO )

Saya sebagai seorang pemuda yang dilatih dan dididik bersama perjuangan ini untuk menegakkan Islam , saya berpandangan soal siapa jatuh dan siapa yang akan dijatuhkan malah apa nama mereka itu adalah perkara kedua . Yang utama ialah Islam mesti diperjuang dan ditegakkan . Siapa yang menghalang Islam tegak , kita terpaksa berhadapan dengan mereka . Jika mereka lawan maka kita tiada pilihan lain melainkan terpaksa melawan mereka . Siapa mereka dan apa nama mereka , itu kita tidak peduli .

Saya masih ingat malah sangat segar dalam ingatan saya akan ucapan Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi di Banggol Pradong yang kemudian diangkat menjadi Amanat oleh orang ramai khasnya ahli parti :

Saudara - saudara sekelian , Percayalah
Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah
Mengekalkan undang - undang kafir , mengekalkan peraturan jahiliyyah
Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka
Percayalah saudara saudara sekelian
Perjuangan kita adalah Jihad
Ucapan kita adalah jihad
Derma kita adalah Jihad
Bergantunglah kita kepada Allah dengan [menghadapi] puak - puak ini
Kerana kalau kita mati melawan puak - puak ini
Mati kita adalah syahid , mati kita adalah mati Islam
Kita tidak perlu masuk Budha
Kita tidak perlu Hindu
Kita tidak perlu masuk Kristian
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku , agama suku

Demikianlah ucapan Tok Guru ( kalau saya silap mungkin boleh diperbetulkan . Namun inilah yang saya hafal )

Jahiliyah tidak selamanya nama dia UMNO , mungkin nama lain boleh mewakili jahiliyah . Sebagaimana yang jahat dan zalim tidak selamanya nama dia Firaun , dia boleh bernama Abu Jahal di zaman Nabi saw. Nabi pernah sebut sambit mengisyaratkan kepada kepala Abu Jahal :
هذا فرعون هذه الأمة
Inilah Firaun Ummat Ini .

Sunday, May 03, 2009

Berakhir sudah Muktamar DPPNJ Kali ke 37




Alhamdulillah Muktamar DPPNJ di Palm Villa Kulai berlangsung dengan baik dan sempurna seperti yang di jadual dan dirancangkan pada 2 dan 3 Mei 2009.




Sebaik saja memasuki sekitar Bandar Kulai, suasana Muktamar sangat dirasakan. Kibaran Bendera di sepanjang jalan sangat membanggakan. Ijam sebut, kalau macam ni punya suasana, berbaloi la dengan kos yang kita... Tahniah kepada Pemuda Kulai atas usaha bersungguh-sungguh menceriakan Suasana. Juga kepada Saudara Zaifidin (KP Gelang Patah) yang banyak menguruskan persiapan. Sebaik melangkah kedalam Dewan, suasana kemeriahan perasmian sudah di rasakan. terima kasih tidak terhingga.




Sepanjang malam perasmian menyaksikan kehadiran yang membanggakan. Seluruh perkarangan Dewan di penuhi hadirin dari pelbagai khalayak tak mengira bangsa. Rasanya ini kali pertama Perasmian Muktamar DPPNJ di hadiri jumlah yang ramai dari kalangan rakan-rakan yang belum beragama Islam. Tahniah kepada Pemuda Pulai dan Kulai yang berjaya menyusun promosi sehingga menarik jumlah hadirin yang seramai itu.




Bagi yang hadir dalam majlis perasmian tersebut pastinya tertarik dengan persembahan untuk Anugerah Tokoh Bapa Pejuang hasil buah tangan saudara Husaif dan Mahmud. Terima Kasih kepada 2 sahabat ini yang berjaya menghasilkan persembahan yang mampu menyentuh perasaan seluruh hadirin. Tidak sedikit bilangan hadirin yang menitiskan air mata kerana tersentuh dengan panjang dan peritnya jalan perjuangan Tuan Haji Sakib Bin Haji Abdul Manan yang di nobatkan sebagai tokoh bapa Pejuang atas kejayaannya mendidik anak-anak beliau untuk menjadi aktivis dalam Parti.




Selesai Majlis Perasmian, sahabat-sahabat sebut, dengan jumlah kehadiran yang begitu, dan suasana sambutan dan majlis perasmian. Hilang penat kekap.




Buat pertama kali dalam sejarah 37 tahun Pemuda PAS Johor, jawatan Ketua di pertandingkan. Meyakini keputusan jamaah adalah yang terbaik, Jawatan Ketua kekal disandang oleh Saudara Khairul Faizi dan Timbalannya secara Automatik Saudara Suhaizan.

Tahniah kepada 2 sahabatku ini, disamping tahniah jugak buat saudara Hamid yang menduduki kerusi Naib Ketua Pemuda. Mudah-mudahan gabungan 3 penggerak ini akan membawa DPPNJ ke arah yang lebih gemilang. Juga tahniah buat semua rakan seperjuangan yang dipilih menggalas tugas sebagai EXCO DPPNJ buat sessi 2009-2011. Dan Ta'ziah diatas beban dan amanah yang menunggu di depan kita. Semoga Allah membantu meringankan beban yang bakal kita galas bersama pada masa akan datang.




Sejak tengahari tadi, aku rasa tekak aku semacam, aku komplen dengan sahabat2, air mineral yang di sediakan tak cukup bagus kot menyebabkan tekak aku jadi sakit. Dalam perjalanan balik, sakit tekak makin terasa, rupanya badan ni mula bagi signal tak sihat... Sampai di Parit Yaani dalam pukul 9.45, kepala mula rasa lain macam, konsentrasi terhadap pemanduan mula berkurangan, tak boleh tahan punya pasal, berenti kat tepi Jalan, tido... Tersedar dan sambung balik drive... Nak menyampaikan rumah pukul 1 pagi, rasanya ada 5 kali kot berenti tido...




Teringat bait2 lagi Sunnah orang berjuang...




Ya Allah, kau tetapkanlah hati ini di atas jalan perjuanganMu, peliharalah hati ini dari sebarang sifat mazmumah, kurniakanlah kebaikan kepadaku, anggota keluarga yang memberi sokongan dan seluruh sahabat-sahabat seperjuanganku...




Amin...

Friday, April 24, 2009

In PAS they trust

In PAS they trust

Petikan dari Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, April 25 — B. Balendran is just like any other devout Hindu who celebrates Deepavali and does not eat beef. But in his free time, he attends political rallies by PAS and helps to recruit new members for its Supporters' Club.
And he actively campaigned for the conservative Islamic party during last year's general election.
The 25-year-old engineer has roped in two of his sisters and several friends to join what he says is the best party to govern Malaysia.
Balendran's view: “If PAS takes over Malaysia, I will be very happy because there will be no more corruption and Malaysia will be in a good situation.”
The PAS Supporters' Club for non-Muslims was founded in 2004 with just 100 members, said its founder, Hu Pang Chow.
Its membership was at 10,000 last year, but has surged to 50,000 since the opposition made big gains in the general election and PAS joined the Pakatan Rakyat opposition alliance, he said.
Unlike ordinary party members, those who join the Supporters' Club become associate PAS members and cannot vote in office bearers.
So why do non-Muslims opt for PAS, instead of the secular DAP or the multi-racial Parti Keadilan Rakyat (PKR)?
Hu said those who join the club see PAS as “being the most principled and sincere”. The bulk of the members are ethnic Indians.
Some members are avoiding PKR, which is seen by some Indians as not being strong in supporting Indian issues. And some Indians feel that DAP is too Chinese-centric.
Said N. Balasubramaniam, chairman of the Indian chapter of the club: “DAP and PKR have their own rules, but whether they follow them or not is up to them.”
He said it is different for PAS, which has to strictly follow Islamic teachings.
PAS has always been demonised by ruling Barisan Nasional coalition leaders as the party that will implement its strict version of Islam in Malaysia.
But Balendran said he is not worried about the PAS aim of setting up an Islamic state or implementing syariah laws — including hudud, which prescribes amputation and stoning — because he says such laws would apply only to Muslims.
The increasing acceptance of PAS by non-Muslims was displayed during the general election in March last year when Kumutha Rahman ran for the party. She contested under the PKR flag as the PAS constitution does not allow non-Muslims to run on its ticket.
Although she lost, her candidacy was seen as a breakthrough for both the Islamic party and the Indian community.
And during that election campaign, non-Muslim Indians and Chinese were openly waving the flag of the Islamic party and helping in door-to-door canvassing.
To be sure, part of the enthusiasm to join a political party by the Indians was a follow-up from the mammoth rally organised by the Hindu Rights Action Force in November 2007, which was met with police water cannon and tear gas.
Many of the party-less Indians opted for the opposition parties after losing hope in the MIC led by the unpopular Datuk Seri S. Samy Vellu.
The steady 18-year rule by PAS of Kelantan has also boosted trust among some non-Muslims, said Hu.
Social scientist Sivamurugan Pandian of Universiti Sains Malaysia also credits PAS's religious credentials for its popularity.
“It has religion as its backbone and the perception is that it is more sincere and will be able to uphold equality and the welfare of the people,” he said.
PAS has also toned down its rhetoric on an Islamic state with the emergence of more moderate-minded young leaders.
“It will become an alternative on its own in the future if Pakatan Rakyat fails to maintain its coalition with PKR and DAP,” he told The Straits Times.
PAS is now working towards setting up a full-member wing for non-Muslims within the party.
This is expected to happen by next year, pending approval from its central chiefs and an amendment to the party constitution.
“PAS leaders now realise, in this multiracial community, that they cannot survive alone. They need the support of the non-Malays, or else there is no way for them to win,” said Hu. — Straits Times

‘Wa respek sama lu!’ (Malaysian Insider)

Petikan dari : The Malaysian Insider http://www.themalaysianinsider.com/index.php/component/content/article/103-general/24367-wa-respek-sama-lu

By Mujahid Yusof Rawa

APRIL 24 — “Wa respek sama lu!”. Sesekali bahasa rojak dapat menggambarkan sesuatu keadaan itu lebih mencengkam berbanding dengan bahasa standard. Walaupun saya pejuang bahasa standard dan tidak suka menggunakan bahasa rojak tetapi sesekali saya berasa puas dapat ungkapkan bahasa rojak untuk saya sampaikan hasrat saya kepada orang-orang tertentu. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan orang tertentu dengan gaya bahasa sedemikian dimaksudkan untuk geng “Mat Rempit” atau “minah-minah gedik” tapi saya tujukan ungkapan rojak ini kepada Ah Tek, Ong, Bak Chua, Ah Hin dll dari Kelab Penyokong PAS Parit Buntar.
Bukanlah saya tak pandai nak ungkapkan kata yang lebih baik, tetapi itulah bahasa yang difahami oleh “Ah Tek and the gang”, dan tulisan saya ini saya dedikasikan kepada mereka daripada aktivis Kelab Penyokong PAS Parit Buntar yang telah menunjukkan komitmen mereka memenangkan PAS di Bukit Gantang. Saya yakin ramai lagi seumpama Ah Tek dan rakan-rakannya dari merata cerok yang “pulun habih”untuk PAS antaranya Ah Beh Bagan Serai. Tidak ketinggalan Suria, Nali, Siva dll, mereka habiskan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kepada mereka , “wa mau kasi tau, memanglah wa respek sama lu olang”.
Pagi itu saya terima SMS daripada Abang Hamdan yang merupakan Pegawai Khas Perpaduan di Pusat Khidmat Parit Buntar. Berita pagi itu memang memeranjatkan kerana ia adalah pemberitahuan tentang pemergian sahabat baik saya Haji Roslan Shahrum, Ahli Parlimen Buki Gantang. Saya menelefon nombor YB Roslan sendiri yang hingga hari ini masih tersimpan dalam senarai nombor talipon bimbit saya, lalu dijawab oleh anak allahyarham yang dengan nada sebak mensahkan apa yang saya terima daripada SMS. Kemudian untuk maklumat selajutnya saya menghubungi Wan, Pegawai Khas YB, lalu saya diminta oleh Wan bagi memudahkan urusan post-mortem untuk membekalkan kepada pihak hospital di Batu Gajah surat pengesahan bahawa YB Bukit Gantang itu telah jatuh di Taiwan dan disahkan ada masalah jantung di hospital Taiwan. Untuk pengetahun, saya , YB Padang Terap dan YB Nibong Tebal bersama YB Roslan menghadiri Konfrensi Keamanan di Taiwan dan semasa itulah YB Roslan ketika menaiki tangga jatuh dan pengsan lalu dikejarkan ke hospital. Jadi pengesahan kami adalah penting dan alhamdilillah segala urusan post-mortem dan pengebumian berjalan dengan lancar (akan saya dedikasikan kisah YB Roslan dalam tulisan yang lain).
Berita YB Roslan disambut dengan dua perasaan, pertama sedih dengan pemergian seorang sahabat seperjuangan, kedua kagum kerana pemergiannya seolah menjadi mercu tanda keperwiraan menebus maruah negeri yang telah dirampas oleh BN secara tidak demokratik. Saya kata wira kerana keengganan SPR membubarkan tiga DUN yang belot telah digantikan dengan pembubaran wajib Bukit Gantang dengan pemergian YB Roslan yang “berkorban nyawa” demi maruah ini! Berita PRK yang akan dibuat pada 7 April dan penamaan pada 29 March sudah diketahui dan SPR mengambil had masa yang maksima iaitu 60 hari, agaknya kerana ingin memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir pada 28 March.
Setelah “memanaskan badan” di dataran Sungai Kerian, Parit Buntar, rutin saya ialah sarapan dengan rakyat di mana-mana gerai yang saya rasa perlu. Pagi itu Abang Hamdan mengajak saya makan pagi di pekan Kuala Kurau sekaligus berjumpa dengan Ah Tek dan Ong kerana mereka ingin tahu perkembangan PRK Bukit Gantang. Selesai berjoging pagi itu saya dan Abang Hamdan bersarapan di bangunan Mara Kuala Kurau besama YB Yunus, ADUN Kuala Kurau dan pembantunya Nan. Ah Tek dan Ong turut serta,lalu sambil makan pagi, Ah Tek dengan nada semangat berkata: “Ini kali lu jangan bimbang, kita mesti menang punya, olang lamai pun cakap ini macam PAS mesti angkat punya!” Saya pun terangsang dengan kata semangat Ah Tek yang hanya beseluar pendek dan memakai T- shirt lusuh PAS yang kurang dua tiga batang gigi hadapan. Dia terus merangsang kami yang terpegun dengan kata-kata motivasinya: “Ini PAS apa jadi pun talak lari ohh, PAS punya olang banyak kuat, itu olang Cina kata aa.. bo chow ohh…. Ehh YB kita jalan-jalan nanti jumpa sama olang ahh, ini satu pekan saya kenai semua olang, dia olang banyak syiok oo kalau YB pi salam-salam sama dia olang...”
Saya dah agak dah, Ah Tek ni memanglah suka bawa saya bersalaman dengan orang ramai di kedai-kedai kopi Cina, sambil kembang hidungnya memperkenalkan YB dia kat orang ramai dan memang pun orang Cina di Kuala Kurau memberi sokongan padu kepada PAS dalam PRU baru-baru ini. Kami pun meninggalkan bangunan Mara untuk berjalan-jalan di pekan Kuala Kurau sambil salam dengan semua orang dan setiap kali bersalaman baik dengan orang Melayu ataupun Cina mereka menenangkan kami sambil berkata: “Jangan takut mesti menang punya!” Begitulah suasana sebelum PRK Bukit Gantang, belum pun loceng berbunyi sudahpun diberi sokongan moral untuk PAS. Di pintu kereta, Ah Tek ucap selamat tinggal sambil berjanji akan turun Bukit Gantang dan akan berkempen habis-habisan.
Pada hari penamaan calon ramai daripada ahli Cina Kelab Parit Buntar tidak hadir kerana ada hari keagamaan bersih kubur. Kecuali Bak Chua dari Tanjung Piandang, Ong, Ah Tek dan Ah Be Bagan Serai minta maaf kepada saya tidak dapat hadir, saya memahaminya bagi menghormati mereka. Tetapi selepas penamaan calon hampir setiap hari mereka turun untuk memastikan calon PAS menang. Mereka pusing merata ceruk yang ada pengundi-pengundi Cina untuk edar risalah dan berkempen dari rumah ke rumah. Kehadiran mereka mewarnai slogan “PAS for All”, ia bukan retorik macam “1 Malaysia” tetapi sesuatu yang real, bukan sahaja PAS menawarkan manifesto politiknya untuk semua tetapi semua kaum di negara ini bekerja untuk memenangkan PAS melalui aktiviti kempen mereka. Bagi saya inilah yang menakjubkan. Mereka juga berbangga memakai baju “PAS For All”, topi yang ada gambar Tok Guru dan badge lambang PAS. Mana-mana mereka pergi sedikitpun mereka tak berasa kekok dengan T-Shirt Kelab Penyokong PAS Perak yang tertera slogan keramat “PAS for All”. Bak Chua yang paling bersemangat, kampong Melayu pun dia mahu berkempen.
Dalam salah satu hari berkempen saya ajak mereka minum dan makan sebagai penghargaan saya kepada mereka kerana sepanjang waktu berkempen saya hanya membekalkan duit minyak sahaja kepada mereka, sudah tentulah tidak mencukupi, jadi dengan belanja mereka makan sekurang-kurangnya terubat rasa letih mereka. Sambil menikmati tom yam di bandar Taiping, Bak Chua melahirkan kebimbangannya: “Wa atak takut Cina punyi undi, dia mesti kasi sama koyok (PAS) punya, itu Melayu aa wa ada takut sikit, dia olang mau sama Umno lagi” dalam kebimbangan itu sempat dia memotivasikan saya, Abang Hamdan, Azizi, Jas, dll: “Tak pa maa... mesti mau kerja kuat sikit, mesti menang punya lu jangan takut!” Saya kagum dengan semangat ini, saya sering termenung memikirkan ungkapan-ungkapan ini dari mulut seorang Cina ahli kelab yang bahasa Melayunya tunggang terbalik dan pada waktu yang sama saya berasa terharu terhadap perjuangan Islam PAS di Malaysia yang menyerlahkan lagi kebenaran Tuhan merestui perjuangan ini. Bayangkanlah dalam kepekatan perkauman, PAS muncul memecahkan tembok ini dan dibuktikan dengan gerakkerja Kelab Penyokong yang bersama memecahkan tembok ini. Bagi saya ahli kelab yang bertebaran di seluruh negara hari ini adalah wira-wira yang memecahkan tembok perkauman ini, membelah arus dan mengambil risiko yang tinggi.
Saya insaf kerana berkat perjuangan politik Islam PAS, Allah menzahirkan hujjahnya kepada manusia bahawa jika kamu orang Islam menolak perjuangan Islam aku jadikan yang bukan Islam mendokong perjuangan Islam! Mereka hanya beberapa inci sahaja mencapai nikmat keadilan yang diperjuangkan oleh PAS, hanya hidayah Allah yang menjadi penentunya untuk beberapa inci lagi! Ah Tek menyumbangkan 200 kotak mineral walaupun dia hanya menggoreng kueh tiaw sahaja di pekan Kuala Kurau. Ong agak lanjut usianya, ada masalah jantung walaupun tak serik menghisap rokok lagi. Ong termengah-mengah berjalan dalam suaranya yang lembut sedikit menyeru kaumnya menyokong perjuangan PAS, ada seketika dia terpaksa berhenti duduk kerana letih, mukanya sedikit pun tak menunjukkan kesal kerana terpaksa begini untuk menangkan PAS. Satu sen pun dia tak mintak kepada PAS, dia hanya mahu diperhatikan dan didorong, cukuplah itu “habuannya” dalam menjadi ahli Kelab Penyokong PAS. Saya pelik sesekali bila terkenangkan orang PAS sendiri yang meminta-minta habuannya, kononnya telah bertungkus lumus untuk parti. Saya malu dalam diam kepada Ong, Ah Tek dan Bak Chua apabila mengenangkan ada orang PAS yang “demanding” dengan parti tentang kos, dll. Ingat, mereka ahli-ahli kelab adalah hujjah untuk kita dan juga keatas kita.
Saya tahu selain watak AhTek, Ong, Bak Chua, Ah Hin, Ah Beh ada lagi wira-wira yang saya tidak tahu nama mereka. Mereka mungkin ada di kawasan-kawasan lain, yang penting belailah mereka, bimbinglah mereka dan ambil berat kebajikan mereka. PAS memerlukan ramai lagi seperti “Ah Tek and the gang” kepada wakil-wakil rakyat PAS, jangan sia-siakan pengorbanan ahli kelab dan jangan mengadu hal tentang mereka tetapi cari jalan untuk menjinakkan mereka menjadi aktivis parti yang berkesan dengan hikmah. Tapi buat masa ini, kisah ringkas watak-watak dalam Parit Buntar ini yang telah membuktikan kesetiaan mereka di Bukit Gantang saya ingin rakamkan pada akhir kalam ini: “Wa respek sama lu!”
Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

Saturday, April 11, 2009

Disebalik Banyaknya Buku yang di baca...

Petikan dari Blog Nik Abduh. http://nikabduh.wordpress.com/2009/03/02/di-sebalik-banyak-buku-yang-dibaca/

Mac 2, 2009 in buku, sejarah, tazkirah, umno, wa zakkir

Salam Kamunting,

Mengapa kita sukar memperolehi jawaban yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga - pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?

Ramai ulama memberikan jawaban bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!
Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawaban untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca . Anda hanya mengharap jawaban daripada angin yang lalu.

Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil.

Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca. Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca. Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.

Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat? Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak.

Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid?

Begitulah kesukaran mengubat kejahilan. Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawaban yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca!

Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawaban itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang - silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain.

Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.” Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!
Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.

Dalam surah yang sama ( al Alaq ), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.” Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara.
Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.

RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat.

Al Quran penuh ilmu. Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti? Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya.

Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku - buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku - buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa. Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawaban daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka.

Akhirnya kita gagal memperolehi jawaban yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.
Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua - dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu RasuluLlah, juga murid - muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.

Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.
Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa - apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Perhatikan, orang menyokong mazhab UMNO yang sekular, kebangsaan dan liberal kerana kekuasaannya, keramaiannya, keduitannya atau mungkin keilmuannya. Jika mereka membaca dan memahami al Quran secara betul, mudah sahaja untuk menolak UMNO dengan kesesatannya. Tetapi, bagaimana mereka membaca? Atau, adakah mereka membaca?
Perhatikan juga orang yang menyokong aliran yang menghina para sahabat RasuluLlah dan keluarganya. Mereka membaca sejarah tetapi mereka gagal menilai bahawa sejarah memerlukan fakta yang tepat. Sejarah adalah cerita dan sirah. Bayangkan sukarnya kita memfaktakan cerita dan khabar hari ini. Bagaimana dengan cerita dan khabar seribu tahun dulu??

Talian emas Islam menolak sekerasnya aliran yang membunuh karektor para sahabat al Rasul dengan tuduhan sebagai pengkhianat. Ia dibuktikan penuh dengan kebatilan, penipuan dan kekhayalan.

Tetapi dek membaca tanpa panduan yang dimestikan, anda mungkin seronok melihat perayaan Karbala yang penuh cerita batil semata - mata anda ingin menunjuk simpati dengan keluarga Al Rasul. Anda akhirnya menangisi cerita karut sebagaimana anda menangisi filem epik.
Manakan sama antara menangisi filem Hisdustan dan filem Gaza!? Fakta Karbala takkan boleh diadun dengan epik Karbala. Fahami ini jika anda ingin selamat dan diredhaiNya.

Saya nyatakan contoh yang sedikit sedangkan di hadapan kita kesalahan dan kegelinciran yang banyak dek kejahilan dan kecelaruan daripada sumber ilmu yang lemah dan lintang pukang.
Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku - buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawaban yang dibentangkan di hadapan.

Friday, April 10, 2009

Selesai Pertarungan di 2 bukit.

Alhamdulillah,

Proses pengundian berlangsung dengan baik dan sempurna pada 7 April yang lalu. Kesemua tempat mengundi di 3 DUN di buka dan di tutup mengikut jadual. Kecuali kekecohan yang berlaku di Peti Undi Air Kuning iaitu Pusat Mengundi Sekolah Menengah Pengkalan Aor seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini, tempat mengundi lain menyaksikan keadaan yang baik dan sempurna.

Sebaik saja pusat mengundi di tutup, aku kemas barang-barang mana yang patut, meninggalkan Pusat Mengundi SJKC Sin Min, yang merupakan pusat mengundi bagi Peti Undi Simpang Lama dan Simpang Baru. Seperti yang di rancang, setelah lebih sebulan berada di Taiping, (bermula pada 2 Mac 2009) lepas maghrib ni kami akan bertolak balik ke Johor.
Tak lama lepas masuk tol Changkat Jering, Ismad SMS, setelah lebih 18 ribu undi di kira, PAS mendahului dengan lebih 2000 undi. Malam 7 April ni menyaksikan buat SMS Berita Harian yang aku langgan menghantar berita yang out dated... dah dekat 11 malam baru hantar keputusan setakat pukul 8.30. Sedangkan sekitar pukul 9 mlm, SMS Harakah dah maklumkan confirm PAS Menang di Bukit Gantang.
Hj Hanapiah yang aku hubungi juga dalam perjalanan balik ke Kemaman turut menzahirkan kegembiraan atas kemenangan Peti Undi Pengkalan Aor yang kami di tugaskan untuk menjaganya. Lebih manis bila kami dapat maklumat bahawa semua saluran di 3 Peti Undi yang kami jaga menang dengan bergaya. Majoriti 482 di Pengkalan Aor, 338 di Simpang Lama dan 624 di Simpang Baru.
Sepanjang perbincangan tentang implikasi kemenangan Pakatan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang menyebabkan aku rasa meremang bulu roma memikirkan tanggungjawab yang semakin besar tergalas di bahu orang-orang yang mengaku menjadi pejuang Islam. Sekalipun Batang Air tidak berjaya kami tawan, namun InsyaAllah usaha untuk "membuka" kawasan tersebut tidak akan terhenti setakat ini.
Sampai kat Hentian Tapah, berenti minum. Aku cakap kat Abang Hamid, kalau nak tau berapa ramai penyokong PAS kat situ, try Takbir. Abg Hamid yg memang "gonjol" sikit terus jerit Takbir!!! dan seluruh perkarangan Hentian Tapah malam tu bergema dengan laungan Allahuakbar.
Lepas beli minuman dan makanan, nampak YB Salahuddin menuju kepada kumpulan kami. Kali ni aku pulak jerit Takbir 3 kali dan 3 kali lah laungan Allahuakbar bergema di kawasan hentian tersebut malam tu. Serentak dengan itu juga meja kami jadi tumpuan untuk para penyokong pakatan yang datang untuk bersalam dengan Salahuddin.
Pengalaman kemenangan ini sungguh manis untuk di kenang, hilang penat sebulan di Taiping... Tak termasuk penat berlari tiap hari di Taman Tasik Taiping... Semoga Allah terus memelihara dan mengekalkan mood kemenangan sehingga terjelma kemenangan mengatasi kebathilan...
Wallahua'lam

Tuesday, March 24, 2009

Persoalan yang di lontarkan oleh teman-teman

Salam Zam,

Berapa tahun sekali da ko bukak Email? hehehe

Tentang undang-undang Rimba, nak buat macamana, bila ada segolongan manusia yang merasakan diri meraka mengatasi undang-undang, malahan sebahagian yang lain merasakan meraka lebih tinggi dari tuhan seperti yang Allah nukilkan tentang perangai Firaun yang kata dialah tuhan.

Hari ni, mengaku tuhan mungkin kita tak biasa dengar, tapi perangai macam dia tu tuhan kita biasa tengok. Macam orang yang rasa dirinya bertuhan, berbanding dengan orang yang rasa dirinya adalah tuhan. Pasti ada beza antara keduanya...

Antara benda yang biasa kita tengok, dikalangan manusia yang merasakan dirinya mampu mengatasi segala-galanya sampai tahap melanggar undang-undang yang dia sendiri setujui, tapi bila orang guna peruntukan undang-undang yang dia cadang dan luluskan, dia pulak yang marah... Isu Karpal nak saman raja, kalau tanya aku, aku pun tak setuju, tapi soalnya siapa yang cadangkan pindaan yang membenarkan untuk raja di saman? Kalaupun yang mencadangkan pindaan tu dah pencen, siapa pulak yang setuju dan menyokong pindaan tu? Kenapa hari ini, orang yang sama melalak melolong kata Karpal kurang ajar sebab nak saman raja?

Zaini,

Tentang perbezaan pendapat dikalangan manusia memang lumrah. memang itu sifat yang Allah letak dalam diri manusia "Seandainya Allah tidak menjadikan manusia itu saling berlawanan antara satu sama lain, nescaya hancurlah dunia ini"

So bila ada orang yang mentertawakan pandangan kita, apa masalahnya, kalau kita benar-benar ikhlas, menzahirkan pandangan itu untuk mengingatkan manusia, kalaupun pandangan itu salah, InsyaAllah Allah bagi satu pahala atas keikhlasan dan niat baik kita tu, tapi kalau betul mudah-mudahan Allah bagi 2 pahala.

Sebagai hamba yang mencari keredhaan Allah, tidak sepatutnya jadi kudis kalau kita di tertawakan atau di marah atas pandangan kita asalkan kita yakin Allah meredhai kerja buat kita. Ingat Hadis Rasulullah,

"Barangsiapa yang mencari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia, maka Allah akan bersamanya, Manakala barangsiap yang mencari redha manusia (walaupun) dengan kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkannya urusanya kepada manusia (Allah tidak peduli lagi hal individu ini di akhirat- tiada syafaat dan bantuan tentunya)"

So pilihlah kita nak berada di mana... WAllahua'lam

Kenapa kita terlalu bimbang dilabel itu dan ini?

Salam,

Antara Masalah kita umat Islam hari ni adalah bila terlalu takut kalau kita dilabelkan begitu dan begini. Siapa yang melabelkan golongan Muhammad dan golongan Abu Suffian? Adakah ia label yang Rasulullah beri? Yang Rasulullah ajar adalah label Islam dan Kufur.

Hari ni Umat Islam sangat takut nak buat sesuatu perkara semata-mata sebab bimbang di labelkan kita pengganas. sampai tahap nak takbir pun satu ketika dulu di labelkan sebagai extremist.

Bagi aku, balik kepada Redha siapa yang kita cari... Kalau redha Allah, dan kita yakin Allah redha dengan apa yang kita lakukan, apa masalahnya? Satu ketika bila pengebom syahid melakukan operasi di penempatan Israel La'natullah, ada dikalangan yang mengaku Islam sendiri melabelkan mereka sebagai "SUICIDE BOMBER". Adakah mereka terkesan dengan label orang yang tak beranggapan demikian?

Akhirnya bila berlaku pencerobohan di Gaza, barulah di alunkan lagu-lagu jihad dan orang yang dulunya di gelar pembunuh diri, dianggap sebagai pahlawan. Tapi yakinlah mereka tidak sedikitpun menginginkan pengiktirafan dari kita kerana mereka memburu pengiktirafan Allah.

Carilah buku "SYUHADA GAZA" untuk menyelami kisah saudara-saudara kita yang Allah berikan kemenangan yang abadi. Soalnya kita di mana? Layakkah kita mendambakan Syurga kalau kita bimbang di labelkan sebagai Extremist, Fundamentalist, semata-mata untuk melaksanakan tuntutan Allah.

Tepuk dada tanya iman...

Thursday, March 19, 2009

SPRM siasat empat lagi AJK Hak dan Kebebasan DUN Perak

Salam,

Bila berita ini di siarkan dalam akhbar-akhbar (online), teringat akan nasib baik Ali Rustam dan Khairi Jamaluddin (yang lebih bernasib baik). Ini kerana Lembaga Disiplin UMNO membuat keputusan keatas ahlinya dan AJK Hak dan Kebebasan DUN Perak juga membuat keputusan dalaman keatas ahlinya juga.

Mungkinkah Lembaga Disiplin UMNO akan di panggil oleh SPRM kerana mengambil tindakan keatas ahlinya dan mungkin juga tuduhan menyalahgunakan kuasa dengan mengenakan hukuman berbeza atas kesalahan yang sama? Tengku Ahmad Rithaudeen menjelaskan bahawa ada perbezaan hukuman bagi pembunuh yang menikam sekali dengan pembunuh yang menikam 20 kali.

Kawan tak pastilah kalau di mahkamah menggunakan prinsip yang sama. Pasti berbeza hukuman terhadap pembunuh yang menggunakan pistol berbanding dengan pembunuh yang menggunakan bom, apatah lagi C4 sebab C4 ni bukan senang nak dapat...

Cuma kalau teori Tengku Ahmad Rithaudeen diguna pakai, maknanya, Rasuah tetap berlaku, cuma rasuah Khairi kecil sedikit berbanding Rasuah Ali Rustam. Tapi maknanya juga, Rasuah Isa Samad pastinya lebih besar berbanding rasuah malaun dua orang ni...

Peliknya, dalam Najib di seru meletakkan pemimpin yang bersih dalam barisan pimpinannya, si pelaku rasuah yang dibuktikan oleh agensi UMNO sendiri bahawa dia melakukan rasuah, masih tetap memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka... Malangnya orang Melaka... Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia kalau pemimpinnya terpalit dengan najis yang lebih keji dari dadah ini?

From Taiping With Love...

Salam,

Seminggu kat Perak ni menyaksikan sebenarnya orang Perak takde benda pun dengan kekalutan yang digambarkan oleh Media. Ada satu bulan lagi nak bertapa kat Bukit Gantang ni.
Dalam masa seminggu ni sempat jugak aku curi masa pegi Kota Ngah Ibrahim, Panjat Bukit Larut, disamping round Tasik Taiping hampir tiap pagi.

Meninjau sejarah Kota Ngah Ibrahim di Matang, mengingatkan betapa hebatnya pembesar melayu ini satu waktu dulu. Sehingga diakui kekayaannya melebihi Sultan Perak sendiri waktu itu. Sekarang bukan benda pelik klu ada orang lain lebih kaya dari Sultan. Sayangnya individu sehebat ini, yang berjaya mengamankan samseng Ghee Hin dan Hai San, akhirnya meninggal Dunia dalam keadaan terbuang di Bumi Temasik. Setelah ratusan tahun, barulah kuburnya dikembalikan di Kompleks Kota nya di Matang.

Apa yang aku nak cerita bukan soal Ngah Ibrahim ni sangat. Tapi soal semangat perjuangannya, disamping perjuangan Dato Maharajalela, Dato Sagor dan Pandak Indut, Mertua Dato Maharajalela. Betapa diwaktu itu, dengan segala kekurangan, mereka memperjuangkan hak dan maruah bangsa hingga sanggup mati di tali gantung di perkarangan Kota Ngah Ibrahim ini juga, yang waktu itu sudahpun di buang negeri di Secelleys dan kemudiannya Singapura.

Juga di kala itu sudah wujud watak-watak pembelot bangsa yang rata-rata berpunca dari rasa terhutang budi dan juga rasuah. Akhirnya penyangak bangsa ini mati ditangan para pejuang yang ikhlas perjuangan mereka untuk anak bangsa. Akibat rasuah dan rasa terhutang budilah Sejarah mencatatkan bagaimana Sultan Abdul Halim menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light pada tahun 1785. Sejarah panjang yang kita belajar waktu tingkatan 3 dulu. Tapi berapa ramai yang nak menjadikannya sebagai iktibar?

Satu benda yang aku rasa agak terkilan bila round bandar Taiping ni adalah bila tengok banyak rumah Melayu yang jadi milik bangsa bukan Melayu, dijadikan Kedai Kereta, Motel etc. Walaupun sebenarnya fenomena ini berlaku dimana-mana, tapi mungkin sebab Taiping ini di panggil sebagai Bandar Warisan, kawan aku mempersoalkan, dari siapa ia di warisi, dan kepada siapa ia diwariskan?

Hakikatnya di Johor pun lebih kurang sama jugak situasinya hari ini. Dari 90 peratus tanah Rezab Melayu waktu merdeka, khabarnya hari ini, setelah lebih 50 tahun kita merdeka, tak sampai pun 50 peratus pun yang berbaki. Dimana puncanya?

Aku bukan nak pertikai hak untuk rakan kita yang bukan Melayu nak memiliki tanah. Persoalannya adalah sikap kita yang terlalu pemurah. Bila aku sebut begini, pasti akan ada yang mengaitkan dengan pemberian tanah kerajaan Perak kepada penduduk kampung baru. Bagi aku, sebagai rakyat, mereka berhak untuk mendapat tanah bagi dijadikan tempat kediaman. dari puluhan ribu yang dapat tanah di kampung baru tu, yang paling besar bersaiz 300m persegi.

Yang lebih kita risau adalah apabila 200 ekar tanah rezab Melayu di Kuala Kangsar di serahkan kepada satu syarikat bukan Melayu atas alasan pembangunan. Itu baru satu, banyak lagi contoh2 begini yang kita boleh bentangkan. Satu masa dulu, para Cendekiawan membentangkan gagasan untuk membantu ekonomi orang Melayu. Ungku Aziz mencadangkan penubuhan Tabung Haji dan UDA untuk memperkasakan penguasaan hartanah bumiputra.

Tapi amat malang hari ini bila UDA sekadar jadi broker tanah. Beli dari orang Melayu dengan harga 50-60 ribu seEkar, ubah status tanah, jual kepada syarikat dan individu asing dengan harga puluhan, malahan sesetengahnya ratusan ringgit sekaki persegi. Yang akhirnya dasar ini hanya memberi kekayaan kepada segolongan UxxxPutra.

Itu tak termasuk pembangunan Koridor di sana sini, yang secara terang-terangan memberikan tawaran tanah bumiputra untuk di beli oleh warga asing... Mungkin ada yang marah bila Dr Boo Cheng Haw sebut tentang dasar Apartheid dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Februari 2009 lalu. Tapi antara benda yang disebut adalah apabila dasar ekonomi yang kononnya nak membela orang melayu sekadar mengayakan 2 - 3 orang kapitalis melayu dengan merampas hak dan meninggalkan jutaan orang melayu lain untuk terus hidup dalam kemiskinan.

Contohnya projek Petronas kat Tanjong Minyak, Melaka dulu. Yang sekarang ni dah beroperasi pun... Tanyalah kat orang kampung, berapa harga tanah mereka dibeli seekar, berbanding dengan harga yang Petronas bayar stiap kaki persegi untuk tanah yang sama. sekadar sedikit kerja atas kertas untuk mengubah status tanah dari tanah pertanian kepada tanah Industri...

Sebahagian dari kita mungkin rasa selesa dengan kehidupan yang dinikmati hari ni. Ada kereta besar, ada rumah dengan saiz tanah 22x70 kaki persegi kat taman, sebahagian yang lain ada rumah tapi takde tanah... tapi cuba kita fikir nasib anak cucu kita satu hari nanti kalau keadaan ini berterusan.. .

Aku tinggalkan persoalan untuk kita fikirkan bersama... Apa usaha kita untuk mengubah penguncupan hakmilik dan penguasaan ekonomi Umat Islam di Malaysia hari ini...

Saturday, March 07, 2009

From Taiping With Love 7 Mac 2009

Salam,

Seminggu kat Perak ni menyaksikan sebenarnya orang Perak takde benda pun dengan kekalutan yang digambarkan oleh Media. Ada satu bulan lagi nak bertapa kat Bukit Gantang ni. Lan janggut ada kat PD pulak. Klu tidak boleh gak ajak makan Mee udang kat Kuala Sepetang.

Lan, Kat mana kampung ko kat Taiping ni?

Dalam masa seminggu ni sempat jugak aku curi masa pegi Kota Ngah Ibrahim, Panjat Bukit Larut, disamping round Tasik Taiping tiap pagi.

Meninjau sejarah Kota Ngah Ibrahim di Matang, mengingatkan betapa hebatnya pembesar melayu ini satu waktu dulu. Sehingga diakui kekayaannya melebihi Sultan Perak sendiri waktu itu. Sekarang bukan benda pelik klu ada orang lain lebih kaya dari Sultan. Sayangnya individu sehebat ini, yang berjaya mengamankan samseng Ghee Hin dan Hai San, akhirnya meninggal Dunia dalam keadaan terbuang di Bumi Temasik. Setelah ratusan tahun, barulah kuburnya dikembalikan di Kompleks Kota nya di Matang.

Apa yang aku nak cerita bukan soal Ngah Ibrahim ni sangat. Tapi soal semangat perjuangannya, disamping perjuangan Dato Maharajalela, Dato Sagor dan Pandak Indut, Mertua Dato Maharajalela. Betapa diwaktu itu, dengan segala kekurangan, mereka memperjuangkan hak dan maruah bangsa hingga sanggup mati di tali gantung di perkarangan Kota Ngah Ibrahim ini juga yang waktu itu sudahpun di buang negeri di Secelleys dan kemudiannya Singapura.

Juga di kala itu sudah wujud watak-watak pembelot bangsa yang rata-rata berpunca dari rasa terhutang budi dan juga rasuah. Akibat rasuah dan rasa terhutang budilah Sejarah mencatatkan bagaimana Sultan Abdul Halim menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light pada tahun 1785. Sejarah panjang yang kita belajar waktu tingkatan 3 dulu. Tapi berapa ramai yang nak menjadikannya sebagai iktibar?

Satu benda yang aku rasa agak terkilan bila round bandar Taiping ni adalah bila tengok banyak rumah Melayu yang jadi milik bangsa bukan Melayu, dijadikan Kedai Kereta, Motel etc. Walaupun sebenarnya fenomena ini berlaku dimana-mana, tapi mungkin sebab Taiping ini di panggil sebagai Bandar Warisan, kawan aku mempersoalkan, dari siapa ia di warisi, dan kepada siapa ia diwariskan?

Hakikatnya di Johor pun lebih kurang sama jugak situasinya hari ini. Dari 90 peratus tanah Rezab Melayu waktu merdeka, hari ini, setelah lebih 50 tahun kita merdeka, tak sampai pun 50 peratus pun yang berbaki. Dimana puncanya?

Aku bukan nak pertikai hak untuk rakan kita yang bukan Melayu nak memiliki tanah. Persoalannya adalah sikap kita yang terlalu pemurah. Bila aku sebut begini, pasti akan ada yang mengaitkan dengan pemberian tanah kerajaan Perak kepada penduduk kampung baru. Bagi aku, sebagai rakyat, mereka berhak untuk mendapat tanah bagi dijadikan tempat kediaman. dari puluhan ribu yang dapat tanah di kampung baru tu, yang paling besar bersaiz 300m persegi.

Yang lebih kita risau adalah apabila 200 ekar tanah rezab Melayu di Kuala Kangsar di serahkan kepada YTL. Itu baru satu, banyak lagi contoh2 begini yang kita boleh bentangkan. Satu masa dulu, para Cendekiawan membentangkan gagasan untuk membantu ekonomi orang Melayu. Ungku Aziz mencadangkan penubuhan Tabung Haji dan UDA untuk memperkasakan penguasaan hartanah bumiputra.

Tapi amat malang hari ini bila UDA sekadar jadi broker tanah. Beli dari orang Melayu dengan harga 50-60 ribu seEkar, ubah status tanah, jual kepada syarikat dan individu asing dengan harga puluhan, malahan sesetengahnya ratusan ringgit sekaki persegi.

Itu tak termasuk pembangunan Koridor di sana sini, yang secara terang-terangan memberikan tawaran tanah bumiputra untuk di beli oleh warga asing... Mungkin ada yang marah bila Dr Boo sebut tentang dasar Apartheid. Tapi antara benda yang disebut adalah apabila dasar ekonomi yang kononnya nak membela orang melayu sekadar mengayakan 2 - 3 orang kapitalis melayu dengan merampas hak dan meninggalkan jutaan orang melayu lain untuk terus hidup dalam kemiskinan.

Contohnya projek Petronas kat Tanjong Minyak, Melaka dulu. Yang sekarang ni dah beroperasi pun... Dekat dengan kampung rockers, tanyalah kat orang kampung, berapa harga tanah mereka dibeli seekar, berbanding dengan harga yang Petronas bayar RM12 sekaki persegi untuk tanah yang sama. sekadar sedikit kerja atas kertas untuk mengubah status tanah dari tanah pertanian kepada tanah Industri...

Sebahagian dari korang mungkin rasa selesa dengan kehidupan yang dinikmati hari ni. Ada kereta besar, ada rumah dengan saiz tanah 22x70 kaki persegi kat taman, sebahagian yang lain ada rumah tapi takde tanah... tapi cuba kita fikir nasib anak cucu kita satu hari nanti kalau keadaan ini berterusan...

Aku tinggalkan persoalan untuk kita fikirkan bersama... Apa usaha kita untuk mengubah penguncupan hakmilik dan penguasaan ekonomi Umat Islam di Malaysia hari ini...

Sunday, February 15, 2009

Akhirnya Wan Ahmad mengakui, penamaan calon ada kena mengena dengan Pemilihan Agong UMNO

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/15/mstar_berita/20090215081429&sec=mstar_berita

Mac tidak sesuai pilihan raya kecil diadakan

Wan Ahmad: Tidak betul tarikh penamaan calon, undi memihak BN

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, SPR menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.

Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hari pengundian 7 April merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.

"Kita ada 60 hari (untuk mengadakan pilihan raya kecil), mengapa tidak menggunakan dengan baik 60 hari dan membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil.

"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan dan ketegangan serta banyak aktiviti dijalankan bulan depan," katanya beliau kepada mStar Onlinelewat malam tadi.
Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 bermula esok.

SPR memutuskan tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi berkenaan Jumaat lalu.
Kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan serentak pada 7 April dengan hari penamaan adalah 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

Ketika ditanya sama ada keputusan SPR itu bertujuan memihak kepada Umno dan BN, Wan Ahmad berkata: "Itu tidak betul... ia tidak memberi kelebihan kepada BN, Umno."
"Itu tanggapan tidak betul, bahawa tempoh yang panjang ini memihak kepada BN sahaja, tetapi ia memberi peluang kepada mana-mana parti yang akan bertanding untuk bersedia dan menghadapi pilihan raya (kecil) ini," ujar beliau.

Malah tegas beliau, SPR memutuskan tarikh-tarikh berkenaan bukan kerana adanya tekanan daripada Umno dan BN.

"Faktor untuk mewujudkan keselesaan kepada semua, tidak kira kepada BN dan Umno.
"Semua pihak harus lihat dari sudut positif kerana keputusan SPR memberi kebaikan dan keselesaan kepada semua," katanya.

Beliau mengakui bahawa pihaknya juga mempertimbangkan laporan dalaman bahawa persekitaran semasa di Perak yang agak tegang tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Suasana di negeri Perak... kita ada maklumat keadaan politik yang tidak stabil dan aktiviti politik yang panas, aktiviti kempen akan meningkat dan boleh mengancam ketenteraman awam kalau betul-betul tidak bersedia," katanya.

Beliau juga mengakui bahawa pihaknya mengambil kira pemilihan dan perhimpunan tahunan Umno hujung bulan depan.

"Kalau orang faham betul-betul... kita hendak semua orang selesa... Umno mengadakan pemilihan parti, jika BN menghadapi dalam keadaan tidak selesa... kita hendak semua parti selesa dan menghadapi pilihan raya dalam keadaan yang tenang," katanya.

Dari segi logistik, jelas Wan Ahmad, pihaknya memerlukan masa untuk melatih pekerja pilihan raya yang 90 peratus terdiri daripada guru.

Katanya, sebahagian besar guru terbabit merupakan mereka yang baru diambil bertugas sempena pilihan raya kecil, pekerja-pekerja berkenaan memerlukan latihan secukupnya.
"Pegawai pilihan raya negeri telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk melatih mereka, yang akan melalui dua pusingan latihan iaitu latihan teori dan latihan amal sebab ramai pekerja pilihan raya adalah muka baru.

"Oleh itu, SPR juga mengambil kira aspek ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan penuh keyakinan," katanya.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang melibatkan 650 pekerja manakala kerusi Bukit Selambau pula kira-kira 450 orang.

Dalam komen kepada mStar Online Jumaat lalu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat - dua anggota Pakatan Rakyat mendakwa penetapan tarikh pilihan raya kecil kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi oleh pemilihan Umno bulan depan dan memberi kelebihan kepada BN.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya kelmarin mendakwa "kini dengan menganjak tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selewat mungkin setelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Datuk Seri Najib (Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri)."

Semalam Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mempertikaikan tarikh itu dengan menganggap ia seolah-olah memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.

Bagaimanapun BN menerima baik keputusan SPR mengadakan serentak kedua-dua pilihan raya itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN berkata, BN berkeyakinan untuk memperoleh kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.
Malah, katanya ia akan memberikan peluang kepada anggota Umno memberikan sepenuh perhatian menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil terbabit.

Jumaat lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah diadakan serentak bagi mengelakkan tempoh berkempen terlalu panjang atas faktor keselamatan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata apabila tempoh berkempen terlalu panjang, pelbagai isu akan ditimbulkan dan keadaan itu boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan terbabit serta keselamatan negara.

Friday, February 13, 2009

Kebetulan Sungguh.tarikh Pilihanraya ni...

Seperti yang sudah di ketahui umum, Maka SPR pun mengumumkan tarikh Pilihanraya DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang pada 29 Mac 2009 dan pengundian pada 7 April 2009. Pemilihan tarikh tersebut tiada kena mengena dengan apa-apa juga faktor, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof.

Tan Sri Aziz memberitahu, SPR memutuskan tarikh tersebut untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang. Kalau kita imbau sejarah Pilihanraya Kecil sejak Kuala Berang pada Bulan Ogos 2004, hinggalah yang terakhir P036 Kuala Terengganu, tempoh ini merupakan tempoh paling lama diambil oleh SPR untuk mengadakan Pilihanraya.
Waktu PRK Kuala Terengganu berlangsung baru-baru ini, kita melihat kewajarannya dari faktor cuaca dan juga petugas yang dikatakan kebanyakkannya adalah guru. Namun apa rasionalnya di 2 kerusi ini? Tiada apa-apa faktor yang mempengaruhinya... saje je... suka-suka... suka hati aku la... hak aku... asalkan aku buat Pilihanraya sebelum 10 April, ok le...
Secara puratanya SPR mengambil masa 6 hari untuk mengadakan Mesyuarat selepas kekosongan, 23 hari dari tarikh mesyuarat dengan tarikh penamaan calon dan 10 hari tempoh berkempen. Dan senario ini sangat jauh berbeza dari yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Tapi kita percaya SPR memang langsung tidak mengambilkira tentang soal Perhimpunan Agong UMNO yang kebetulan berakhir sehari sebelum penamaan calon di 2 kerusi ini, sepertimana SPR tidak mengambilkira Pilihanraya Kuala Berang dan Permatang Pauh yang diadakan waktu PAS sedang bermuktamar.
Memang "bebas" sungguh SPR Malaysia ni...
Mstar - Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau serentak 7 April

Bercakap kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya mencapai keputusan tersebut dengan mengambil kira supaya tempoh berkempen tidak terlalu panjang.

Ditanya sama ada pemilihan tarikh mengundi tersebut mempunyai kaitan dengan Perhimpunan Agung Tahunan dan pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac ini, Abdul Aziz menafikannya.
"Ia tidak ada kena-mengena dengan Perhimpunan Agung Umno atau pun apa saja.

April 7 - Malaysiakini
Feb 13, 09 11:55am
The Election Commission today announced that the by-elections for the Bukit Gantang parliamentary seat in Perak and the Bukit Selambau seat in Kedah will be held simultaneously on April 7.The commission has fixed March 29 for nominations and campaigning would last 9 days. Nominations comes a day after the Umno general assembly which will be held from March 24 to 28.


This will the first by-election for Najib Abdul Razak in his capacity as prime minister should the transition of power come into effect next month.
Asked if the date for the by-elections was fixed after taking the Umno general assembly into consideration, EC chairperson Abdul Aziz Mohd Yusof said: "It has nothing to do with the Umno polls

Tuesday, February 10, 2009

Adakah ini berkaitan?

Sebenarnya ada 2 sejarah yang berkaitan dengan apa yang berlaku di Perak hari ini. Satunya sejarah yang berlaku di tahun 1974 di Perak, dan satu lagi yang Faizal sebut di tahun 1977 di Kelantan. Kalau di rujuk jurnal Undang-Undang, kisah yang berlaku kepada Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama ditahun 1966 juga ada kaitannya.

Kalau kita bentang ikut susunan kronologi, sejarah tersebut sepatutnya bermula di Sarawak apabila Ketua Menterinya yang pertama pada waktu itu, Stephen Kalong Ningkan yang dilantik menjadi Ketua Menteri pada Bulan Julai 1963 seiringan dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 telah di pecat oleh Gabenor Sarawak pada waktu itu, Tun Abang Haji Openg.

Ningkan telah membawa kes tersebut ke Mahkamah dan Mahkamah Tinggi Borneo telah meutuskan yang Ningkan masih lagi ketua Menteri yang sah. Atas alasan undi tidak percaya keatasnya perlu di lakukan di lantai Dewan Undangan Negeri.

Petikan dari laman Web Bar Council When the Sarawak state governor showed him a top-secret letter of no-confidence issued by 21 out of 42 legislators and asked Ningkan to resign, the chief minister refused. Ningkan said the letters were not tantamount to a vote of no-confidence in the state legislative assembly.He was sacked by the governor but eventually reinstated by the Borneo High Court, which saw the necessity of a formal vote of no confidence.In his judgement, Harley A-G OCJ ruled that the governor can only dismiss the chief minister when both these conditions are satisfied:"(a) The chief minister has lost the confidence of the House, and"(b) The chief minister has refused to resign and failed to advise a dissolution."
di rujuk dari
1. http://www.bookrags.com/research/ningkan-stephen-kalong-ema-04/
2. http://www.malaysianbar.org.my/general_opinions/comments/perak_must_not_fail.html
2. Tan Sri Ghazali Jawi Dan Sultan Idris Shah

Tan Sri Ghazali Jawi merupakan Menteri Besar Perak yang kedua selepas Abdul Wahab Abdul Aziz. Selepas berlangsungnya Pilihanraya Umum ke empat pada Bulan Ogos 1974, BN telah melantiknya semula untuk menjadi Menteri Besar buat kali keduanya.

Sultan secara terbuka menolak cadangan tersebut kerana Tan Sri Ghazali Jawi telah di kaitkan dengan skandal Rasuah waktu menjadi MB sehingga tahun 1960. Penolakan ini berlarutan agak lama sehingga seorang Pegawai Tinggi Kerajaan memujuk baginda untuk menerima Tan Sri Ghazali bagi tempoh dua tahun untuk menjernihkan keadaan.

Akhirnya baginda Sultan Idris telah menerima untuk Tan Sri Ghazali Jawi mengangkat sumpah. Setelah beliau dilantik, barulah tuanku di maklumkan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB. Setelah tempoh 2 tahun berakhir, MB enggan melepaskan jawatannya. Kemurkaan Baginda Sultan Idris di zahirkan melalui ucapan-ucapan di khalayak rakyat terbanyak termasuk enggan memperkenankan Mesyuarat EXCO kerajaan Negeri. Di waktu itu, Pemuda UMNO pada waktu itu tampil mempertahankan Tan Sri Ghazali Jawi dengan menyatakan yang Sultan tidak berhak memecat MB.

3. Sejarah di Kelantan agak berbeza kerana MB bertegas enggan meletakkan jawatan setelah di desak oleh majoriti ahli DUN, Muhammad Nasir cuba mendapatkan perkenan Istana pada waktu itu untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri. Istana menolak permintaan Muhammad Nasir kerana PAS masih menguasai DUN Kelantan.

Akhirnya Muhammad Nasir telah menggunakan cara lain dengan menimbulkan huru hara di Negeri Kelantan. Dengan restu UMNO di peringkat Pusat, Mageran telah di isytiharkan di Kelantan yang menyebabkan PAS hilang kuasa memerintah.

petikan dari : http://www.msomelayu.com/archives/177

Dari satu sudut, mungkin Sultan Perak berpandangan, seandainya tidak di turuti permintaan Najib C4 ni, sejarah hitam di Kelantan mungkin berulang.

Apa pun, kalau di lihat dari sudut sejarah, jelas Raja tidak punya kuasa untuk memecat MB... Nak tunggu keputusan Mahkamah... Masalahnya Mahkamah Malaysia ni pun...

Wallahua'lam

Sejarah silam di Serambi Mekah

Petikan dari http://www.msomelayu.com/archives/177

Pada tahun 1977 satu krisis politik tercetus antara Menteri Besar, Muhammad Nasir (Allahyarham) dengan 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (Kumpulan 20). Krisis ini meletus daripada desakan Pas supaya Muhammad Nasir meletakkan jawatan sebagai MB. Adapun kenapa Pas membuat desakan itu kerana Muhammad Nasir tidak berperanan untuk parti dan lebih mirip akur kepada Umno.


Muhammad Nasir degil untuk tidak meletakkan jawatan. Pas tidak ada jalan lain melainkan mengemukakan usul undi tidak percaya di DUN Kelantan bagi menyingkirkan Muhammad Nasir. Usul itu diterima dan Muhammad Nasir ditolak oleh DUN Kelantan sebagai MB.
Muhammad Nasir tidak berpuas hati dan meminta supaya Pemangkau Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya peringkat DUN Kelantan diadakan. Beliau membuat cadangan itu atas kapasiti beliau sebagai MB. Muhamamd Nasir tidak menerima dan memperakui usul undi tidak percaya yang dibuat oleh DUN itu.


Malangnya pemangkua Sultan tidak memberi perkenan atas permintaan Muhammad Nasir sebab Pas masih mnguasai DUN Kelantan.


Penolakan itu mengecewakan Muhamamd Nasir. Besar kemungkinan ada dalang yang menyuruh Muhammad Nasir berbuat demikian. Dalang itu pasti Umno kerana sekiranya DUN dibubarkan Umno akan mengambil kesempatan atas pilihan raya yang akan diadakan. Dalam keadaan Pas berada dalam kemelut begitu (perang Budu mungkin) mereka akan menang.
Bila Pemangkau Sultan enggan membubar Dewan, satu perancangan lain diatur untuk menimbulkan huruhara di Kelantan. Sekumpulan rakyat yang diupah Umno mengambil kesempatan menimbulkan suasana buruk. Mereka mengarak dan mengusungkan Muhammad Nasir atas tandu ke beberapa daerah untuk menjelaskan apa yang berlaku.


Muhammad Nasir dinobatkan sebagai pemimpin jujur dan ikhlas. Rahsia Pas yang menjadi rahsia bersama semasa dia berlaki bini dengan Pas juga habis dihembur keluar.Hasilnya rakyat sudah mula naik angin. Hasutan dari Umno berjaya menjadikan rakyat pening dan menerima Muhammad Nasir sebagai tokoh jujur dan ikhlas. Pas khasnya kumpulan 20 dilihat sebagai watak-watak antogonis yang mengkhianti rakyat Kelantan.


Himpunan dan perakan berlaku di sekitar Bandar Kota Baru dan bandar-badar lain. Rumah-rumah wakil rakyat direjam dengan batu (pinjam istilah Menteri Agama, Zahid Hamidi) dipecahkan cermin dan sebagainya. Apa yang dinamakan rusuhan pun berlaku. Kebakarana juga terjadi di beberapa tempat di Kota Bharu, menjadikan bandar itu laksana dibom Jepun.


Kebakaran itu sebenarnya kebakaran tayar buruk yang sudah disusun.Keadaan dilihat seperti tidak terkawal. Lalu perintah berkurung di istyharkan di Kota Bharu. Berikutan itu juga satu sidang khas Parlimen diadakan untuk membentang usul untuk meletakkan Kelantan dibawah pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran)


Kalau tidak silap pemerintahan Mageran di Kelantan berlangsung kurang enam bulan saja. Selepas itu pada 11 Mac 1978 satu pilihan raya diadakan untuk Kelantan. Dan seperti dirancangkan pilihan raya itu dimenangi oleh Umno yang bergabung dengan Muhammad Nasir yang telah menubuhkan parti Barisan Jemaah Rakyat Malaysia (Berjasa). Pas hanya menang dua kerusi saja daripda 39 kerusi DUN.


Apakah senario, tragedi dan pengakhiran sebegitu juga akan berlaku di Perak? Nota: Muhammad Nasir diakhir hayatnya telah kembali semula menyertai Pas dan beliau meninggal dunia di Australia dan disemadikan di sana. [wm.kl 6:00 am 08/02/09]

Monday, February 09, 2009

Sejarah yang berulang di Perak

Salam,

Bercakap tentang sejarah 1977 di Kelantan, rasanya Sejarah 1974 di Perak pun perlu di pandang sama. Di waktu Sultan Idris memerintah, baginda enggan memperkenankan Tan Sri Ghazali Jawi (Bapa Tajol Rosli, MB Perak ke 9) untuk menjadi Menteri besar. Keengganan baginda berasas kerana TS Ghazali pernah di kaitkan dengan tuduhan Rasuah sewaktu menjadi menteri Besar pada tahun 1957-1960.


Keadaan ini menyebabkan Menteri Besar tidak terlantik sehinggalah 4 September 1974 apabila Sultan di pujuk untuk melantik TS Ghazali untuk tempoh 2 tahun sahaja. Baginda hanya dimaklumkan bahawa baginda tidak berhak menggugurkan Jawatan Menteri Besar dari Tan Sri Ghazali Jawi 2 hari selepas majlis angkat Sumpah.


Setelah selesai tempoh 2 tahun, maka Sultan Idris telah menimbulkan janji Tan Sri Ghazali namun di sanggah termasuk oleh Pemuda UMNO pada ketika itu yang menyatakan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat menteri Besar.


Keadaan ini menyebabkan berlaku krisis antara Istana Perak dan UMNO yang berlanjutan hingglah 1977 apabila Tun Hussein Onn pada ketika itu meminta Tan Sri Ghazali meletakkan Jawatan pada 1 Oktober 1977 dan di ganti dengan Dato Hj Wan Mohammad Wan Teh. Kemurkaan Sultan ini jelas di sebut oleh Baginda dalam ucapan-ucapan umum sehingga baginda bernazar untuk tidak mencukur janggut selagi Tan Sri Ghazali masih menjadi menteri Besar.


Namun hari ini, di sebabkan yang menjadi pemimpin di Pusat adalah dari kalangan UMNO, Sejarah berulang, tetapi jalan ceritanya berbeza, Tiba-tiba Sultan dari negeri yang sama dapat kuasa untuk memecat Menteri Besar... Wallahua'lam


Maklumat di perolehi dari


Buat teman di Teknik Melaka...

Salam,

Apa yg aku lontarkan tu just pandangan je, boring gak bila group kita sunyi sangat semenjak 2 menjak ni.

Nak citer tentang topic yang semua orang bole baca, memang tak akan ada. Cerita bunga, kompom tak sumer minat, klu makcik2 kat sini tulis tentang resepi, ok gak, tapi utk aku fwd kat org umah aku je la. Tulis tentang artis, tgk tajuk je aku delete sbb bg aku, klu pun x dapat pahala, jangan la sampai jadi dosa. Cerita ttg artis ni, klu pun x jadi dosa, kompom tergolong dalam kategori lagha atau sia-sia.

Tapi tu aku punya personal stand la.

Aku cuma nak ajak kita sama-sama fikir tentang masa depan kita dan anak2 kita nanti. Bila penilaian masyarakat dah jadi caca marba. Bayangkan satu ketika dulu cerita tentang artis rosak akhlak ni sangat aib dirasakan. Walaupun benda tu berlaku, tapi sangat jarang didengar. Tapi hari ni, dengan artis yang rosak akhlak, mabuk, zina, dia mempengaruhi kehidupan masyarakat. Akhirnya hari ni, tinggal bersama di rumah bujang lelaki dan perempuan jadi perkara biasa, sebab ianya di popularkan oleh Media melalui Drama etc.

Masyarakat hari ni melihat orang yang menegur orang ke Disko sebagai kolot, menegur pasangan beromen kat Taman sebagai extremist, orang yang berusaha mengharamkan arak sebagai tidak menghormati hak asasi manusia, tetapi melihat kaki disko sebagai orang yang bertamadun, melihat lelaki dan perempuan bebas bergaul sebagai lambang kemajuan dan melihat orang yang minum minuman keras sebagai lambang status sosial.

Bercerita tentang artis lebih berpahala dari merancang bulan tutup aurat atau pun bulan sembahyang. Benarlah yang Rasulullah sebut “Islam bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan Islam ketika ia dagang." HR Muslim. Hari ni nak ada di kalangan kita yang nak sebut Ayat Quran dan Hadis pun segan.

Pernah satu ketika orang kata kat aku... "Ini lah orang PAS, sikit-sikit Quran, sikit-sikit Hadis, sikit2 sebut Iman, apa ingat dia sorang tau Quran Hadis. Ingat ko sorang ada Iman". Pening gak kepala aku, berdosa agaknya di mata mereka bila kita sebut Quran dan Hadis ada untuk jadi panduan hidup kita, hina sangat agaknya bila kita ajak ingat tentang pegangan kita terhadap Iman yang makin hari makin longgar.

Aku tak jadi kawin bini no 2 pun atas sebab yg lebih kurang sama... hehehe. Katanya leceh lah... itu tak boleh, ini tak boleh, seluar Jeans pun tak boleh pakai. hehehe wa peduli ape, Janji hidup aku aman dunia akhirat... hehehe. Buat masa ni tak jadi la... klu esok lusa Allah takdirkan aku kawin lagi..., kawin gak...

Nak kata takde Forum untuk aku tulis, biasanya apa yg aku post kat sini, just CC dari email lain yg orang minta pandangan ataupun tulisan aku kat Groups2 lain. Cuma bagi aku, dah keje aku ini, kemahiran aku kat bidang ni, dan kebetulan kadang-kadang aku diminta utk tulis tentang topic2 tertentu, aku just nak share je la. Dari Forum ni terus sunyi. Nak tunggu abot citer ttg security system yang dia jaga kat PutraJaya, aku memang minat, tapi sure ada yg kata boring, dan Abot pun sure takut kawan2 dia kat KDN jumpa dia pulak lepas ni.

Untuk cari kelompok yang berminat dgn isu politk hari ni bukan suatu yang susah. Satu hakikat hari ini yang mungkin pahit bagi satu kelompok adalah, rakyat Malaysia sudah jemu setelah 50 tahun di tipu. Bermula dengan PRU12, PRK Permatang Pauh, PRK Kuala Terengganu, Tsunami itu dilihat semakin membesar. Terima Kasih kepada Najib yang meletupkan bom seterusnya mengubah rasa jemu itu menjadi rasa marah yang tidak tertanggung. Cuma hari ini dia berjaya mengalih kemarahan rakyat kepada Sultan. Tapi yakinlah, tak selamanya rakyat boleh di tipu...

Wassalam

Sunday, February 08, 2009

MBs take popularity contest to Thaipusam

Petikan dari Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/97862

MBs take popularity contest to Thaipusam
Andrew Ong Feb 8, 09 3:43pm

The saga of the two Menteris Besar in Perak continued today with both of them visiting the same temple to meet Hindus celebrating Thaipusam.Newly minted Menteri Besar Zambry Abd Kadir arrived in his SUV at the Arulmigusubramaniam Temple in Gunung Cheroh at 8.30am and was met by several MIC and PPP leaders.
He proceeded to shake hands with some stall owners before making a short speech to the temple-goers, in the process pledging RM100,000 for the temple."I am the menteri besar for all," Zambry told a crowd of some 50 people gathered at a makeshift stage within the temple compound. He hurriedly left the temple with little fanfare after his speech as he had to rush to Kuala Lumpur.
Nizar walks to temple
Meanwhile, ousted Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin arrived at the temple at 10.30am.He walked with several of his supporters for about 1.5 kilometres to meet and greet Hindu devotees on route to the temple.If this was a popularity contest, Mohd Nizar won it hands down as he was greeted with cheers, applauses and cries of "Hidup Pakatan".
Unlike Zambry, Mohd Nizar not only visited individual stalls, but also made one round around the packed temple which saw him being mobbed by supporters.After his walkabout, Mohd Nizar took to the same makeshift stage and told the crowd that Pakatan Rakyat was still the legitimate government of Perak.
"Thank you for your continued support. We will prevail!" said a highly charged Mohd Nizar, while urging his supporters to keep their emotions in check during the ongoing crisis.Mohd Nizar then led the crowd in a round of loud chants of "Hidup Pakatan Rakyat" and "Valga Makkal Sakti", as drum-beats accompanying kavadi bearers played on below him.
Nizar's second visit
Speaking to reporters later, Mohd Nizar said that the new Barisan Nasional government was illegitimate and will take steps to restrict the Pakatan government."But we will continue our duties," he declared.
Ipoh Barat MP M Kulasegaran told Malaysiakini that this was the first time in history that a Barisan Nasional menteri besar visited a temple during Thaipusam."But this is the second time that Mohd Nizar had visited this temple during Thaipusam. Last year, he was not even menteri besar or a state rep at the time," he said.Kulasegaran said that Mohd Nizar's visit to the temple was scheduled last Wednesday before BN ousted Pakatan through defections.

To Abot and friends

Abot and friends.

First of all, klu di tanya pada korang semua, secara jujurnya siapa yang merasakan "Perpindahan" 3 ADUN PR menjadi wakil bebas adalah secara sukarela tanpa sebarang unsur luaran? Samada dalam bentuk paksaan mahupun dorongan dalam apa juga bentuk. Dalam keadaan wujud dakwaan tawaran mencecah puluhan juta sebelum itu. Walaupun UMNO menafikan dengan sekeras-kerasnya mereka terlibat "menghlilangkan" 3 ADUN ini, tetapi dunia melihat apa penghujung episod kehilangan itu. Klu ada yg rasa mereka memang "melompat" dengan penuh keikhlasan, aku nak tau gak siapa yang rasa macam tu.

Di situlah asas masalah yang berlaku di Perak hari ini. bermula dengan "kehilangan" selama berhari-hari 3 orang ADUN berkenaan yang kemudiannya muncul selepas Speaker Dewan mengemukakan surat perletakkan jawatan mereka kepada SPR, dengan alasan cuti sakit. Teruk betul sakitnya sampai phone pun tak boleh on dan nak beritahu anak isteri pun tak dapat.

Lebih mendukacitakan apabila SPR menolak Notis pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering dari Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sedangkan sebelum itu, bekas pengerusinya, Tan Sri Rashid yang terkenal dengan sikap tidak adilnya terhadap Pakatan Rakyat, menjelaskan yang SPR perlu mengadakan Pilihanraya setelah mendapat notis dari Speaker, kerana Speaker berkuasa penuh atas perkara tersebut.

Keadaan semakin gawat apabila Nasarudin yang baru 10 hari meninggalkan BN turut hilang. Isterinya menghubungi Datuk Nizar memaklumkan yang suaminya di culik. Akhirnya berlakulah apa yang berlaku, sehingga ketiga-tiga mereka muncul dalam sidang media di Putra Jaya oleh Najib Tun Razak mengumumkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional.

Pada masa yang sama, MB Perak telah mengemukakan permohonan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan sidang DUN bagi membolehkan rakyat menentukan pilihan mereka. Tetapi Sultan membuat keputusan untuk menolak permintaan Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya berkenan melantik Menteri Besar yang baru dari kalangan BN.

Kalau diikutkan tulisan barisan peguam, Kalaupun nak di jatuhkan Menteri besar yang ada hari ini, perlu melalui proses pengundian di Sidang Dewan Undangan Negeri melalui sidang DUN tergempar dan diikuti dengan pengundian. Namun Sultan telah bertindak seperti yang di maklumi...

Dari sudut tindakan MB dan EXCO pakatan, apa yang di pertahankan bukan jawatan itu, tetapi mandat dari rakyat yang perlu di hormati. Itu sebabnya mereka lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya Negeri. Kalau BN benar-benar merasakan rakyat bersama mereka, mereka sepatutnya bersedia untuk menghadapi Pilihanraya, biar rakyat menentukan kedudukan mereka.

Namun telah tertulis, Hari ini menyaksikan satu sejarah hitam dalam negara bila suara rakyat di khianati, rakyat menyuarakan kemarahan tanpa mengira siapa. Bila rasa hormat sudah tiada, Dikhabarkan kereta DYMM Sultan Perak turut menjadi mangsa kemarahan rakyat. DYMM Sultan Azlan Shah baru-baru ini pernah menitahkan bahawa institusi raja di Malaysia perlu bersedia untuk di "muzium"kan. Tapi aku bimbang, apa yang berlaku baru-baru ini mempercepatkan proses tersebut berlaku.

Sayangnya mereka terhadap MBnya...

Salam,

Berada di perkarangan rumah MB Perak di malam "pemecatannya" oleh Istana, menyaksikan betapa dalam jangka waktu yang singkat ini, Kerajaan ini sangat di sayangi oleh rakyat. Mungkin ada yang kata ana tulis begitu sebab ana orang PAS. Tapi hakikatnya sesiapa pun yang berada di sana pada malam tadi pasti menyaksikan perkara yang sama.

Kebetulan Kami duduk berhampiran tembok di bahagian belakang rumah rasmi MB, datang seorang wanita yang hanya dapat melihat dari bahagian luar kemudian bertanya kepada kami tentang keadaan MB. "MB Ok ke?" sambil menitiskan air mata.

Hamid yang merayau di seluruh perkarangan rumah MB menyatakan ramai dari kalangan pengunjung yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata dengan apa yang berlaku terhadap Menteri Besar mereka. Bagi kita yang tinggal jauh dari bumi Perak mungkin tidak begitu terasa, tapi bagi mereka... Allah saja yang tahu bagaimana perasaan mereka.

Wallahua'lam

Wednesday, January 14, 2009

Hari ke 16 di Kuala Terengganu

Salam,

15 Januari 2009

Hari ni masuk hari ke 16 kami di Kuala Terengganu. Setenang seperti yang di khabarkan oleh media, begitulah yang berlaku di sini. Kecuali perang bendera da poster yang dilihat agak rancak 1-2 hari ni, yang lain tidak ada apa-apa yang menarik untuk di khabarkan. Kesian juga dengan Ayahanda yang beberapa kali menanyakan situasi di sini, tetapi anakandanya ini tidak dapat memberikan apa-apa berita dan cerita yang boleh dianggap menarik.
Setelah giliran 4 adiknya, semalam Iman pula yang demam dan tak bersekolah. Tersentuh juga bila mengingatkan Isteri tersayang yang terpaksa mengurus anak-anak sendirian setiap hari sejak sessi sekolah 2009 bermula. Lebih terasa bila Hanani telefon sambil menangis memaklumkan yang dia demam. Giliran ke 3 selepas Mundzir dan Sofea. Sedikit sebanyak hati seorang ayah ini tersentuh dengan rengekan anak yang tidak sihat.
Ya Allah, ku serahkan kepadaMu, diriku, Keluargaku dan Harta benda ku didalam pemeliharaanMu.

Enam sebatan umat Islam minum arak dianggap berat?

Saya tinggalkan keratan akhbar dari Mstar ini untuk di nilai oleh pembaca semua...

Enam sebatan umat Islam minum arak dianggap berat

TAWAU: Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Syed Abas Syed Ali berkata hukuman enam kali sebatan rotan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang terhadap seorang lelaki dan seorang wanita Islam di negeri itu kerana meminum arak adalah terlalu berat.

Sambil menyifatkan hukuman berkenaan sebagai tidak berkesan untuk mencegah umat Islam daripada minum arak, beliau sebaliknya mencadangkan supaya pendekatan pemulihan digunakan untuk mendidik umat Islam supaya tidak mendekati tabiat haram itu.

"Itu (sebatan) bukan caranya. Lebih baik umat Islam yang ditangkap meminum arak dihantar menjalani proses pemulihan untuk membolehkan mereka meningggalkan tabiat itu.

"Penagih arak bukan mudah untuk meninggalkan tabiat berkenaan. Ia seperti perokok yang sukar meninggalkan tabiat merokok," katanya di sini hari ini.

Syed Abas yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Balung berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang yang mengenakan hukuman enam kali sebatan rotan terhadap Mohamad Nasir Mohamad, 38, dan Noorazah Baharuddin,22, seorang pelayan, kerana didapati bersalah meminum arak di sebuah pub di Pahang tahun lalu. Selain hukuman rotan, Mohamad Nasir dan Noorazah juga masingmasing dikenakan denda.

Syed Abas berkata menggunakan pendekatan hukuman berat seperti itu bukan sahaja tidak berkesan dalam mendidik umat Islam supaya menjauhi perbuatan haram itu, malah ia tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan.

"Jika inilah pendekatan yang diambil, lebih baik umat Islam diharamkan sama sekali daripada memasuki kelab malam atau pub kerana majoriti mereka yang mengunjungi tempat-tempat tersebut akan minum arak.

"Kalau tidak, beribu-ribu umat Islam akan disebat kerana meminum arak. Lebih baik mereka yang ditangkap minum arak ditahan seketika untuk membantu mereka meninggalkan tabiat berkenaan," katanya. BERNAMA