Sunday, February 15, 2009

Akhirnya Wan Ahmad mengakui, penamaan calon ada kena mengena dengan Pemilihan Agong UMNO

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/15/mstar_berita/20090215081429&sec=mstar_berita

Mac tidak sesuai pilihan raya kecil diadakan

Wan Ahmad: Tidak betul tarikh penamaan calon, undi memihak BN

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, SPR menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.

Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hari pengundian 7 April merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.

"Kita ada 60 hari (untuk mengadakan pilihan raya kecil), mengapa tidak menggunakan dengan baik 60 hari dan membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil.

"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan dan ketegangan serta banyak aktiviti dijalankan bulan depan," katanya beliau kepada mStar Onlinelewat malam tadi.
Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 bermula esok.

SPR memutuskan tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi berkenaan Jumaat lalu.
Kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan serentak pada 7 April dengan hari penamaan adalah 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

Ketika ditanya sama ada keputusan SPR itu bertujuan memihak kepada Umno dan BN, Wan Ahmad berkata: "Itu tidak betul... ia tidak memberi kelebihan kepada BN, Umno."
"Itu tanggapan tidak betul, bahawa tempoh yang panjang ini memihak kepada BN sahaja, tetapi ia memberi peluang kepada mana-mana parti yang akan bertanding untuk bersedia dan menghadapi pilihan raya (kecil) ini," ujar beliau.

Malah tegas beliau, SPR memutuskan tarikh-tarikh berkenaan bukan kerana adanya tekanan daripada Umno dan BN.

"Faktor untuk mewujudkan keselesaan kepada semua, tidak kira kepada BN dan Umno.
"Semua pihak harus lihat dari sudut positif kerana keputusan SPR memberi kebaikan dan keselesaan kepada semua," katanya.

Beliau mengakui bahawa pihaknya juga mempertimbangkan laporan dalaman bahawa persekitaran semasa di Perak yang agak tegang tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Suasana di negeri Perak... kita ada maklumat keadaan politik yang tidak stabil dan aktiviti politik yang panas, aktiviti kempen akan meningkat dan boleh mengancam ketenteraman awam kalau betul-betul tidak bersedia," katanya.

Beliau juga mengakui bahawa pihaknya mengambil kira pemilihan dan perhimpunan tahunan Umno hujung bulan depan.

"Kalau orang faham betul-betul... kita hendak semua orang selesa... Umno mengadakan pemilihan parti, jika BN menghadapi dalam keadaan tidak selesa... kita hendak semua parti selesa dan menghadapi pilihan raya dalam keadaan yang tenang," katanya.

Dari segi logistik, jelas Wan Ahmad, pihaknya memerlukan masa untuk melatih pekerja pilihan raya yang 90 peratus terdiri daripada guru.

Katanya, sebahagian besar guru terbabit merupakan mereka yang baru diambil bertugas sempena pilihan raya kecil, pekerja-pekerja berkenaan memerlukan latihan secukupnya.
"Pegawai pilihan raya negeri telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk melatih mereka, yang akan melalui dua pusingan latihan iaitu latihan teori dan latihan amal sebab ramai pekerja pilihan raya adalah muka baru.

"Oleh itu, SPR juga mengambil kira aspek ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan penuh keyakinan," katanya.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang melibatkan 650 pekerja manakala kerusi Bukit Selambau pula kira-kira 450 orang.

Dalam komen kepada mStar Online Jumaat lalu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat - dua anggota Pakatan Rakyat mendakwa penetapan tarikh pilihan raya kecil kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi oleh pemilihan Umno bulan depan dan memberi kelebihan kepada BN.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya kelmarin mendakwa "kini dengan menganjak tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selewat mungkin setelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Datuk Seri Najib (Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri)."

Semalam Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mempertikaikan tarikh itu dengan menganggap ia seolah-olah memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.

Bagaimanapun BN menerima baik keputusan SPR mengadakan serentak kedua-dua pilihan raya itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN berkata, BN berkeyakinan untuk memperoleh kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.
Malah, katanya ia akan memberikan peluang kepada anggota Umno memberikan sepenuh perhatian menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil terbabit.

Jumaat lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah diadakan serentak bagi mengelakkan tempoh berkempen terlalu panjang atas faktor keselamatan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata apabila tempoh berkempen terlalu panjang, pelbagai isu akan ditimbulkan dan keadaan itu boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan terbabit serta keselamatan negara.

Friday, February 13, 2009

Kebetulan Sungguh.tarikh Pilihanraya ni...

Seperti yang sudah di ketahui umum, Maka SPR pun mengumumkan tarikh Pilihanraya DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang pada 29 Mac 2009 dan pengundian pada 7 April 2009. Pemilihan tarikh tersebut tiada kena mengena dengan apa-apa juga faktor, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof.

Tan Sri Aziz memberitahu, SPR memutuskan tarikh tersebut untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang. Kalau kita imbau sejarah Pilihanraya Kecil sejak Kuala Berang pada Bulan Ogos 2004, hinggalah yang terakhir P036 Kuala Terengganu, tempoh ini merupakan tempoh paling lama diambil oleh SPR untuk mengadakan Pilihanraya.
Waktu PRK Kuala Terengganu berlangsung baru-baru ini, kita melihat kewajarannya dari faktor cuaca dan juga petugas yang dikatakan kebanyakkannya adalah guru. Namun apa rasionalnya di 2 kerusi ini? Tiada apa-apa faktor yang mempengaruhinya... saje je... suka-suka... suka hati aku la... hak aku... asalkan aku buat Pilihanraya sebelum 10 April, ok le...
Secara puratanya SPR mengambil masa 6 hari untuk mengadakan Mesyuarat selepas kekosongan, 23 hari dari tarikh mesyuarat dengan tarikh penamaan calon dan 10 hari tempoh berkempen. Dan senario ini sangat jauh berbeza dari yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Tapi kita percaya SPR memang langsung tidak mengambilkira tentang soal Perhimpunan Agong UMNO yang kebetulan berakhir sehari sebelum penamaan calon di 2 kerusi ini, sepertimana SPR tidak mengambilkira Pilihanraya Kuala Berang dan Permatang Pauh yang diadakan waktu PAS sedang bermuktamar.
Memang "bebas" sungguh SPR Malaysia ni...
Mstar - Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau serentak 7 April

Bercakap kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya mencapai keputusan tersebut dengan mengambil kira supaya tempoh berkempen tidak terlalu panjang.

Ditanya sama ada pemilihan tarikh mengundi tersebut mempunyai kaitan dengan Perhimpunan Agung Tahunan dan pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac ini, Abdul Aziz menafikannya.
"Ia tidak ada kena-mengena dengan Perhimpunan Agung Umno atau pun apa saja.

April 7 - Malaysiakini
Feb 13, 09 11:55am
The Election Commission today announced that the by-elections for the Bukit Gantang parliamentary seat in Perak and the Bukit Selambau seat in Kedah will be held simultaneously on April 7.The commission has fixed March 29 for nominations and campaigning would last 9 days. Nominations comes a day after the Umno general assembly which will be held from March 24 to 28.


This will the first by-election for Najib Abdul Razak in his capacity as prime minister should the transition of power come into effect next month.
Asked if the date for the by-elections was fixed after taking the Umno general assembly into consideration, EC chairperson Abdul Aziz Mohd Yusof said: "It has nothing to do with the Umno polls

Tuesday, February 10, 2009

Adakah ini berkaitan?

Sebenarnya ada 2 sejarah yang berkaitan dengan apa yang berlaku di Perak hari ini. Satunya sejarah yang berlaku di tahun 1974 di Perak, dan satu lagi yang Faizal sebut di tahun 1977 di Kelantan. Kalau di rujuk jurnal Undang-Undang, kisah yang berlaku kepada Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama ditahun 1966 juga ada kaitannya.

Kalau kita bentang ikut susunan kronologi, sejarah tersebut sepatutnya bermula di Sarawak apabila Ketua Menterinya yang pertama pada waktu itu, Stephen Kalong Ningkan yang dilantik menjadi Ketua Menteri pada Bulan Julai 1963 seiringan dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 telah di pecat oleh Gabenor Sarawak pada waktu itu, Tun Abang Haji Openg.

Ningkan telah membawa kes tersebut ke Mahkamah dan Mahkamah Tinggi Borneo telah meutuskan yang Ningkan masih lagi ketua Menteri yang sah. Atas alasan undi tidak percaya keatasnya perlu di lakukan di lantai Dewan Undangan Negeri.

Petikan dari laman Web Bar Council When the Sarawak state governor showed him a top-secret letter of no-confidence issued by 21 out of 42 legislators and asked Ningkan to resign, the chief minister refused. Ningkan said the letters were not tantamount to a vote of no-confidence in the state legislative assembly.He was sacked by the governor but eventually reinstated by the Borneo High Court, which saw the necessity of a formal vote of no confidence.In his judgement, Harley A-G OCJ ruled that the governor can only dismiss the chief minister when both these conditions are satisfied:"(a) The chief minister has lost the confidence of the House, and"(b) The chief minister has refused to resign and failed to advise a dissolution."
di rujuk dari
1. http://www.bookrags.com/research/ningkan-stephen-kalong-ema-04/
2. http://www.malaysianbar.org.my/general_opinions/comments/perak_must_not_fail.html
2. Tan Sri Ghazali Jawi Dan Sultan Idris Shah

Tan Sri Ghazali Jawi merupakan Menteri Besar Perak yang kedua selepas Abdul Wahab Abdul Aziz. Selepas berlangsungnya Pilihanraya Umum ke empat pada Bulan Ogos 1974, BN telah melantiknya semula untuk menjadi Menteri Besar buat kali keduanya.

Sultan secara terbuka menolak cadangan tersebut kerana Tan Sri Ghazali Jawi telah di kaitkan dengan skandal Rasuah waktu menjadi MB sehingga tahun 1960. Penolakan ini berlarutan agak lama sehingga seorang Pegawai Tinggi Kerajaan memujuk baginda untuk menerima Tan Sri Ghazali bagi tempoh dua tahun untuk menjernihkan keadaan.

Akhirnya baginda Sultan Idris telah menerima untuk Tan Sri Ghazali Jawi mengangkat sumpah. Setelah beliau dilantik, barulah tuanku di maklumkan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB. Setelah tempoh 2 tahun berakhir, MB enggan melepaskan jawatannya. Kemurkaan Baginda Sultan Idris di zahirkan melalui ucapan-ucapan di khalayak rakyat terbanyak termasuk enggan memperkenankan Mesyuarat EXCO kerajaan Negeri. Di waktu itu, Pemuda UMNO pada waktu itu tampil mempertahankan Tan Sri Ghazali Jawi dengan menyatakan yang Sultan tidak berhak memecat MB.

3. Sejarah di Kelantan agak berbeza kerana MB bertegas enggan meletakkan jawatan setelah di desak oleh majoriti ahli DUN, Muhammad Nasir cuba mendapatkan perkenan Istana pada waktu itu untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri. Istana menolak permintaan Muhammad Nasir kerana PAS masih menguasai DUN Kelantan.

Akhirnya Muhammad Nasir telah menggunakan cara lain dengan menimbulkan huru hara di Negeri Kelantan. Dengan restu UMNO di peringkat Pusat, Mageran telah di isytiharkan di Kelantan yang menyebabkan PAS hilang kuasa memerintah.

petikan dari : http://www.msomelayu.com/archives/177

Dari satu sudut, mungkin Sultan Perak berpandangan, seandainya tidak di turuti permintaan Najib C4 ni, sejarah hitam di Kelantan mungkin berulang.

Apa pun, kalau di lihat dari sudut sejarah, jelas Raja tidak punya kuasa untuk memecat MB... Nak tunggu keputusan Mahkamah... Masalahnya Mahkamah Malaysia ni pun...

Wallahua'lam

Sejarah silam di Serambi Mekah

Petikan dari http://www.msomelayu.com/archives/177

Pada tahun 1977 satu krisis politik tercetus antara Menteri Besar, Muhammad Nasir (Allahyarham) dengan 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (Kumpulan 20). Krisis ini meletus daripada desakan Pas supaya Muhammad Nasir meletakkan jawatan sebagai MB. Adapun kenapa Pas membuat desakan itu kerana Muhammad Nasir tidak berperanan untuk parti dan lebih mirip akur kepada Umno.


Muhammad Nasir degil untuk tidak meletakkan jawatan. Pas tidak ada jalan lain melainkan mengemukakan usul undi tidak percaya di DUN Kelantan bagi menyingkirkan Muhammad Nasir. Usul itu diterima dan Muhammad Nasir ditolak oleh DUN Kelantan sebagai MB.
Muhammad Nasir tidak berpuas hati dan meminta supaya Pemangkau Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya peringkat DUN Kelantan diadakan. Beliau membuat cadangan itu atas kapasiti beliau sebagai MB. Muhamamd Nasir tidak menerima dan memperakui usul undi tidak percaya yang dibuat oleh DUN itu.


Malangnya pemangkua Sultan tidak memberi perkenan atas permintaan Muhammad Nasir sebab Pas masih mnguasai DUN Kelantan.


Penolakan itu mengecewakan Muhamamd Nasir. Besar kemungkinan ada dalang yang menyuruh Muhammad Nasir berbuat demikian. Dalang itu pasti Umno kerana sekiranya DUN dibubarkan Umno akan mengambil kesempatan atas pilihan raya yang akan diadakan. Dalam keadaan Pas berada dalam kemelut begitu (perang Budu mungkin) mereka akan menang.
Bila Pemangkau Sultan enggan membubar Dewan, satu perancangan lain diatur untuk menimbulkan huruhara di Kelantan. Sekumpulan rakyat yang diupah Umno mengambil kesempatan menimbulkan suasana buruk. Mereka mengarak dan mengusungkan Muhammad Nasir atas tandu ke beberapa daerah untuk menjelaskan apa yang berlaku.


Muhammad Nasir dinobatkan sebagai pemimpin jujur dan ikhlas. Rahsia Pas yang menjadi rahsia bersama semasa dia berlaki bini dengan Pas juga habis dihembur keluar.Hasilnya rakyat sudah mula naik angin. Hasutan dari Umno berjaya menjadikan rakyat pening dan menerima Muhammad Nasir sebagai tokoh jujur dan ikhlas. Pas khasnya kumpulan 20 dilihat sebagai watak-watak antogonis yang mengkhianti rakyat Kelantan.


Himpunan dan perakan berlaku di sekitar Bandar Kota Baru dan bandar-badar lain. Rumah-rumah wakil rakyat direjam dengan batu (pinjam istilah Menteri Agama, Zahid Hamidi) dipecahkan cermin dan sebagainya. Apa yang dinamakan rusuhan pun berlaku. Kebakarana juga terjadi di beberapa tempat di Kota Bharu, menjadikan bandar itu laksana dibom Jepun.


Kebakaran itu sebenarnya kebakaran tayar buruk yang sudah disusun.Keadaan dilihat seperti tidak terkawal. Lalu perintah berkurung di istyharkan di Kota Bharu. Berikutan itu juga satu sidang khas Parlimen diadakan untuk membentang usul untuk meletakkan Kelantan dibawah pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran)


Kalau tidak silap pemerintahan Mageran di Kelantan berlangsung kurang enam bulan saja. Selepas itu pada 11 Mac 1978 satu pilihan raya diadakan untuk Kelantan. Dan seperti dirancangkan pilihan raya itu dimenangi oleh Umno yang bergabung dengan Muhammad Nasir yang telah menubuhkan parti Barisan Jemaah Rakyat Malaysia (Berjasa). Pas hanya menang dua kerusi saja daripda 39 kerusi DUN.


Apakah senario, tragedi dan pengakhiran sebegitu juga akan berlaku di Perak? Nota: Muhammad Nasir diakhir hayatnya telah kembali semula menyertai Pas dan beliau meninggal dunia di Australia dan disemadikan di sana. [wm.kl 6:00 am 08/02/09]

Monday, February 09, 2009

Sejarah yang berulang di Perak

Salam,

Bercakap tentang sejarah 1977 di Kelantan, rasanya Sejarah 1974 di Perak pun perlu di pandang sama. Di waktu Sultan Idris memerintah, baginda enggan memperkenankan Tan Sri Ghazali Jawi (Bapa Tajol Rosli, MB Perak ke 9) untuk menjadi Menteri besar. Keengganan baginda berasas kerana TS Ghazali pernah di kaitkan dengan tuduhan Rasuah sewaktu menjadi menteri Besar pada tahun 1957-1960.


Keadaan ini menyebabkan Menteri Besar tidak terlantik sehinggalah 4 September 1974 apabila Sultan di pujuk untuk melantik TS Ghazali untuk tempoh 2 tahun sahaja. Baginda hanya dimaklumkan bahawa baginda tidak berhak menggugurkan Jawatan Menteri Besar dari Tan Sri Ghazali Jawi 2 hari selepas majlis angkat Sumpah.


Setelah selesai tempoh 2 tahun, maka Sultan Idris telah menimbulkan janji Tan Sri Ghazali namun di sanggah termasuk oleh Pemuda UMNO pada ketika itu yang menyatakan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat menteri Besar.


Keadaan ini menyebabkan berlaku krisis antara Istana Perak dan UMNO yang berlanjutan hingglah 1977 apabila Tun Hussein Onn pada ketika itu meminta Tan Sri Ghazali meletakkan Jawatan pada 1 Oktober 1977 dan di ganti dengan Dato Hj Wan Mohammad Wan Teh. Kemurkaan Sultan ini jelas di sebut oleh Baginda dalam ucapan-ucapan umum sehingga baginda bernazar untuk tidak mencukur janggut selagi Tan Sri Ghazali masih menjadi menteri Besar.


Namun hari ini, di sebabkan yang menjadi pemimpin di Pusat adalah dari kalangan UMNO, Sejarah berulang, tetapi jalan ceritanya berbeza, Tiba-tiba Sultan dari negeri yang sama dapat kuasa untuk memecat Menteri Besar... Wallahua'lam


Maklumat di perolehi dari


Buat teman di Teknik Melaka...

Salam,

Apa yg aku lontarkan tu just pandangan je, boring gak bila group kita sunyi sangat semenjak 2 menjak ni.

Nak citer tentang topic yang semua orang bole baca, memang tak akan ada. Cerita bunga, kompom tak sumer minat, klu makcik2 kat sini tulis tentang resepi, ok gak, tapi utk aku fwd kat org umah aku je la. Tulis tentang artis, tgk tajuk je aku delete sbb bg aku, klu pun x dapat pahala, jangan la sampai jadi dosa. Cerita ttg artis ni, klu pun x jadi dosa, kompom tergolong dalam kategori lagha atau sia-sia.

Tapi tu aku punya personal stand la.

Aku cuma nak ajak kita sama-sama fikir tentang masa depan kita dan anak2 kita nanti. Bila penilaian masyarakat dah jadi caca marba. Bayangkan satu ketika dulu cerita tentang artis rosak akhlak ni sangat aib dirasakan. Walaupun benda tu berlaku, tapi sangat jarang didengar. Tapi hari ni, dengan artis yang rosak akhlak, mabuk, zina, dia mempengaruhi kehidupan masyarakat. Akhirnya hari ni, tinggal bersama di rumah bujang lelaki dan perempuan jadi perkara biasa, sebab ianya di popularkan oleh Media melalui Drama etc.

Masyarakat hari ni melihat orang yang menegur orang ke Disko sebagai kolot, menegur pasangan beromen kat Taman sebagai extremist, orang yang berusaha mengharamkan arak sebagai tidak menghormati hak asasi manusia, tetapi melihat kaki disko sebagai orang yang bertamadun, melihat lelaki dan perempuan bebas bergaul sebagai lambang kemajuan dan melihat orang yang minum minuman keras sebagai lambang status sosial.

Bercerita tentang artis lebih berpahala dari merancang bulan tutup aurat atau pun bulan sembahyang. Benarlah yang Rasulullah sebut “Islam bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan Islam ketika ia dagang." HR Muslim. Hari ni nak ada di kalangan kita yang nak sebut Ayat Quran dan Hadis pun segan.

Pernah satu ketika orang kata kat aku... "Ini lah orang PAS, sikit-sikit Quran, sikit-sikit Hadis, sikit2 sebut Iman, apa ingat dia sorang tau Quran Hadis. Ingat ko sorang ada Iman". Pening gak kepala aku, berdosa agaknya di mata mereka bila kita sebut Quran dan Hadis ada untuk jadi panduan hidup kita, hina sangat agaknya bila kita ajak ingat tentang pegangan kita terhadap Iman yang makin hari makin longgar.

Aku tak jadi kawin bini no 2 pun atas sebab yg lebih kurang sama... hehehe. Katanya leceh lah... itu tak boleh, ini tak boleh, seluar Jeans pun tak boleh pakai. hehehe wa peduli ape, Janji hidup aku aman dunia akhirat... hehehe. Buat masa ni tak jadi la... klu esok lusa Allah takdirkan aku kawin lagi..., kawin gak...

Nak kata takde Forum untuk aku tulis, biasanya apa yg aku post kat sini, just CC dari email lain yg orang minta pandangan ataupun tulisan aku kat Groups2 lain. Cuma bagi aku, dah keje aku ini, kemahiran aku kat bidang ni, dan kebetulan kadang-kadang aku diminta utk tulis tentang topic2 tertentu, aku just nak share je la. Dari Forum ni terus sunyi. Nak tunggu abot citer ttg security system yang dia jaga kat PutraJaya, aku memang minat, tapi sure ada yg kata boring, dan Abot pun sure takut kawan2 dia kat KDN jumpa dia pulak lepas ni.

Untuk cari kelompok yang berminat dgn isu politk hari ni bukan suatu yang susah. Satu hakikat hari ini yang mungkin pahit bagi satu kelompok adalah, rakyat Malaysia sudah jemu setelah 50 tahun di tipu. Bermula dengan PRU12, PRK Permatang Pauh, PRK Kuala Terengganu, Tsunami itu dilihat semakin membesar. Terima Kasih kepada Najib yang meletupkan bom seterusnya mengubah rasa jemu itu menjadi rasa marah yang tidak tertanggung. Cuma hari ini dia berjaya mengalih kemarahan rakyat kepada Sultan. Tapi yakinlah, tak selamanya rakyat boleh di tipu...

Wassalam

Sunday, February 08, 2009

MBs take popularity contest to Thaipusam

Petikan dari Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/97862

MBs take popularity contest to Thaipusam
Andrew Ong Feb 8, 09 3:43pm

The saga of the two Menteris Besar in Perak continued today with both of them visiting the same temple to meet Hindus celebrating Thaipusam.Newly minted Menteri Besar Zambry Abd Kadir arrived in his SUV at the Arulmigusubramaniam Temple in Gunung Cheroh at 8.30am and was met by several MIC and PPP leaders.
He proceeded to shake hands with some stall owners before making a short speech to the temple-goers, in the process pledging RM100,000 for the temple."I am the menteri besar for all," Zambry told a crowd of some 50 people gathered at a makeshift stage within the temple compound. He hurriedly left the temple with little fanfare after his speech as he had to rush to Kuala Lumpur.
Nizar walks to temple
Meanwhile, ousted Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin arrived at the temple at 10.30am.He walked with several of his supporters for about 1.5 kilometres to meet and greet Hindu devotees on route to the temple.If this was a popularity contest, Mohd Nizar won it hands down as he was greeted with cheers, applauses and cries of "Hidup Pakatan".
Unlike Zambry, Mohd Nizar not only visited individual stalls, but also made one round around the packed temple which saw him being mobbed by supporters.After his walkabout, Mohd Nizar took to the same makeshift stage and told the crowd that Pakatan Rakyat was still the legitimate government of Perak.
"Thank you for your continued support. We will prevail!" said a highly charged Mohd Nizar, while urging his supporters to keep their emotions in check during the ongoing crisis.Mohd Nizar then led the crowd in a round of loud chants of "Hidup Pakatan Rakyat" and "Valga Makkal Sakti", as drum-beats accompanying kavadi bearers played on below him.
Nizar's second visit
Speaking to reporters later, Mohd Nizar said that the new Barisan Nasional government was illegitimate and will take steps to restrict the Pakatan government."But we will continue our duties," he declared.
Ipoh Barat MP M Kulasegaran told Malaysiakini that this was the first time in history that a Barisan Nasional menteri besar visited a temple during Thaipusam."But this is the second time that Mohd Nizar had visited this temple during Thaipusam. Last year, he was not even menteri besar or a state rep at the time," he said.Kulasegaran said that Mohd Nizar's visit to the temple was scheduled last Wednesday before BN ousted Pakatan through defections.

To Abot and friends

Abot and friends.

First of all, klu di tanya pada korang semua, secara jujurnya siapa yang merasakan "Perpindahan" 3 ADUN PR menjadi wakil bebas adalah secara sukarela tanpa sebarang unsur luaran? Samada dalam bentuk paksaan mahupun dorongan dalam apa juga bentuk. Dalam keadaan wujud dakwaan tawaran mencecah puluhan juta sebelum itu. Walaupun UMNO menafikan dengan sekeras-kerasnya mereka terlibat "menghlilangkan" 3 ADUN ini, tetapi dunia melihat apa penghujung episod kehilangan itu. Klu ada yg rasa mereka memang "melompat" dengan penuh keikhlasan, aku nak tau gak siapa yang rasa macam tu.

Di situlah asas masalah yang berlaku di Perak hari ini. bermula dengan "kehilangan" selama berhari-hari 3 orang ADUN berkenaan yang kemudiannya muncul selepas Speaker Dewan mengemukakan surat perletakkan jawatan mereka kepada SPR, dengan alasan cuti sakit. Teruk betul sakitnya sampai phone pun tak boleh on dan nak beritahu anak isteri pun tak dapat.

Lebih mendukacitakan apabila SPR menolak Notis pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering dari Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sedangkan sebelum itu, bekas pengerusinya, Tan Sri Rashid yang terkenal dengan sikap tidak adilnya terhadap Pakatan Rakyat, menjelaskan yang SPR perlu mengadakan Pilihanraya setelah mendapat notis dari Speaker, kerana Speaker berkuasa penuh atas perkara tersebut.

Keadaan semakin gawat apabila Nasarudin yang baru 10 hari meninggalkan BN turut hilang. Isterinya menghubungi Datuk Nizar memaklumkan yang suaminya di culik. Akhirnya berlakulah apa yang berlaku, sehingga ketiga-tiga mereka muncul dalam sidang media di Putra Jaya oleh Najib Tun Razak mengumumkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional.

Pada masa yang sama, MB Perak telah mengemukakan permohonan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan sidang DUN bagi membolehkan rakyat menentukan pilihan mereka. Tetapi Sultan membuat keputusan untuk menolak permintaan Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya berkenan melantik Menteri Besar yang baru dari kalangan BN.

Kalau diikutkan tulisan barisan peguam, Kalaupun nak di jatuhkan Menteri besar yang ada hari ini, perlu melalui proses pengundian di Sidang Dewan Undangan Negeri melalui sidang DUN tergempar dan diikuti dengan pengundian. Namun Sultan telah bertindak seperti yang di maklumi...

Dari sudut tindakan MB dan EXCO pakatan, apa yang di pertahankan bukan jawatan itu, tetapi mandat dari rakyat yang perlu di hormati. Itu sebabnya mereka lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya Negeri. Kalau BN benar-benar merasakan rakyat bersama mereka, mereka sepatutnya bersedia untuk menghadapi Pilihanraya, biar rakyat menentukan kedudukan mereka.

Namun telah tertulis, Hari ini menyaksikan satu sejarah hitam dalam negara bila suara rakyat di khianati, rakyat menyuarakan kemarahan tanpa mengira siapa. Bila rasa hormat sudah tiada, Dikhabarkan kereta DYMM Sultan Perak turut menjadi mangsa kemarahan rakyat. DYMM Sultan Azlan Shah baru-baru ini pernah menitahkan bahawa institusi raja di Malaysia perlu bersedia untuk di "muzium"kan. Tapi aku bimbang, apa yang berlaku baru-baru ini mempercepatkan proses tersebut berlaku.

Sayangnya mereka terhadap MBnya...

Salam,

Berada di perkarangan rumah MB Perak di malam "pemecatannya" oleh Istana, menyaksikan betapa dalam jangka waktu yang singkat ini, Kerajaan ini sangat di sayangi oleh rakyat. Mungkin ada yang kata ana tulis begitu sebab ana orang PAS. Tapi hakikatnya sesiapa pun yang berada di sana pada malam tadi pasti menyaksikan perkara yang sama.

Kebetulan Kami duduk berhampiran tembok di bahagian belakang rumah rasmi MB, datang seorang wanita yang hanya dapat melihat dari bahagian luar kemudian bertanya kepada kami tentang keadaan MB. "MB Ok ke?" sambil menitiskan air mata.

Hamid yang merayau di seluruh perkarangan rumah MB menyatakan ramai dari kalangan pengunjung yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata dengan apa yang berlaku terhadap Menteri Besar mereka. Bagi kita yang tinggal jauh dari bumi Perak mungkin tidak begitu terasa, tapi bagi mereka... Allah saja yang tahu bagaimana perasaan mereka.

Wallahua'lam