Thursday, May 28, 2009

PEMUDA PAS : Rijal at - Taghyir

PEMUDA PAS : Rijal at - Taghyir

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية ءامنوا بربهم و زدناهم هدى و ربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السماوات و الأرض لن ندعوا من دونه إلها لقد قلنا إذا شططا

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka berkata : Tuhan kami adalah Tuhan Langit dan Bumi , kami sekali - kali tidak menyeru Tuhan selain Dia . Sesungguhnya kami kalau sedemikian , telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran .

Surah al Kahfi : Ayat 13 - 14

Pemuda yang saya maksudkan sebagai Agen Perubah [ Rijalut Taghyir ] ini ialah pemuda yang beriman dengan satu keimanan yang meletakkan pemuda sebagai hamba Allah yang taat kepada segala titah perintah Allah dan senantiasa siap dan sedia untuk melaksanakan apa jua tuntutan syara' . Mereka laksana hawariyun yang siap sedia menjawab : "Kamilah tentera - tentera Allah" ( نحن أنصار الله ) ketika ditanya siapa dikalangan kamu yang mahu bersama berjuang menegakkan agama Allah swt.

Iman ( Aqidah ) yang Sohih.

Perjuangan yang kita dokong dan urus ini adalah perjuangan Islam . Justeru itu dasar , objektif dan matlamatnya juga Islam . Sebarang penyimpangan daripada Islam merupakan satu jenayah perjuangan yang kelak menyumbang kepada kerosakan kekal terhadap perjuangan suci ini malah diri pejuang itu sendiri turut menjadi mangsa .

Lantaran itu , pemuda mesti memiliki tahap pegangan agama yang utuh tanpa mampu digugat biarpun terpaksa berhadapan dengan apa jua situasi yang mencengkam samaada dari luar atau dalam . Tanggungjawab ini bukan sahaja digalaskan kepada pemimpin tetapi juga kepada seluruh ahli.

Pemuda yang mempunyai pegangan agama yang utuh dan iman yang mantap bukan sahaja meletakkan mereka layak untuk membawa perubahan tetapi wajib memimpin perubahan .

Mereka bukan pemuda yang menjadi "pak turut" dan jauh sekali "berangan" dalam perjuangan besar ini. Bahkan mereka juga tidak "kalut" mendepani realiti . Segalanya bermula dengan akar keyakinan yang jelas mengasas langkah perjuangan tanpa gentar dan panik menyerap tekanan serta meredah halangan .

Mereka adalah pemuda yang tahu apakah yang ia perjuangkan , untuk apa ia diperjuangkan dan bagaimana ia diperjuangkan .

Pemuda yang menggabungkan diri dengan Gerakan Islam berasaskan Aqidah ( intima' al aqidah ) , mendokong cita - cita perjuangan junjungan besar Nabi kita Muhammad saw untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi . Bukan pemuda yang sarat dengan cita - cita politik duniawi memburu jawatan dan pengaruh kuasa tanpa melihat kepada ruang dan peluang untuk Islam .

Tidak juga pemuda yang gopoh memburu kemenangan tanpa melihat kepada tahap masak matangnya perjuangan Islam yang didokong . Tentu sahaja kita semua membaca kisah Khabbab al Arat bersama Nabi saw :

و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون

Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?

Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari

Betapa pejuang seperti Khabbab yang telah merentasi tempoh perjuangan dan pengorbanan yang getir masih dianggap gopoh oleh baginda saw. kenapa kita begitu tergesa - gesa inginkan kemenangan pula melalui jalan short cut sedang perjuangan dan pengorbanan kita belum ditahap maksima .

Saya bimbang kita hanya membina Istana Pasir . Indah dan cantik rupanya , tetapi menunggu saat runtuh dan binasa yang lebih parah selepasnya. Waliyazubillah !

Pemuda Rijalut Taghyir

Gerakan pemuda sejak awal bersama Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) sangat konsisten membawa cita - cita perubahan dari sekular kepada Islam , dari kufur kepada Iman , dari bathil kepada haq , daripada zalim kepada adil . Perjuangan yang telah menyaksikan pimpinan dan aktivis pemuda keluar masuk penjara dan menjadi bahan belasahan musuh - musuh Islam.

Tentu sahaja perjuangan ini mengharapkan kejayaan dan kemenangan namun ia bukan matlamat perjuangan kita pemuda Islam . Kemenangan adalah anugerah Allah yang akan dikurniakan kepada yang berhak dan layak setelah mereka terbukti sanggup mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam ini setulusnya tanpa mengharapkan sesuatu selain redha Allah swt.

Ini bukan minda pembangkang dan bukan juga minda orang yang kalah tetapi ini adalah minda sunnah berasaskan manhaj perjuangan suci .

Kemenangan tidak diberi kepada Sang Gopoh , Mat Kalut bahkan tidak juga dikurniakan kepada Mat Jenin . Tetapi diberi kepada mereka yang telah berjaya memiliki pra syarat kemenangan seperti yang digariskan oleh para ulama' al mujahidin bertunjangkan manhaj an nabawi .

Bukan saya prejudis dengan kemenangan tetapi jangan dipetik buah sebelum masaknya. Sekalipun kita berjaya memetik , kita hanya akan memakan buah yang putik dan mungkin pahit atau masam rasanya. Alangkah jika kita bersabar menanti buah yang masak , lalu kita memetiknya sudah tentu kita akan merasai nikmat dan lazat yang tidak terhingga .

Saya yakin Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijak . Masakan Allah gagal atau terlupa untuk memberi kemenangan setelah kita dikenal pasti layak .

Ada yang mempersoalkan tempoh 50 tahun kita berjuang apakah ia belum menjadi tempoh matang ? 50 tahun rakyat pula derita dibawah UMNO dan BN yang zalim dan kejam , apakah kita masih boleh bersabar ?

Inilah sifat perjuangan Islam yang bila - bila pun tidak terikat dengan tarikh dan tempoh . Kita berjuang meredah masa dan merentas zaman . Kalau 50 tahun kita sudah rasa lama menanti , bagaimana pula dengan ummat terdahulu . Nabi Nuh as. mengambil masa 950 tahun malah penguasaan Firaun juga mengambil masa ratusan sebelum ia ditumbangkan oleh Allah swt.

Kalau sememangnya kita layak dan berhak , saya yakin Allah swt akan memberikan kemenangan itu kepada kita pada bila - bila masa , kerana telah sabit janji daripada Allah swt . kepada kita yang berjuang :

و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

Sememangnya kemenangan bukan hak kita sebaliknya ia milik Allah swt tanpa kita boleh mengambilnya sekehendak kita . Kalau boleh ikut kehendak kita , bukan esok apatah lagi lusa tetapi hari ini kita mahukan kemenangan itu . Tetapi Allah sebut :

و ما النصر إلا من عند الله إن الله عزيز حكيم

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfal . Ayat 10

Jatuhkan UMNO dulu ( ABU : Asal Bukan UMNO )

Saya sebagai seorang pemuda yang dilatih dan dididik bersama perjuangan ini untuk menegakkan Islam , saya berpandangan soal siapa jatuh dan siapa yang akan dijatuhkan malah apa nama mereka itu adalah perkara kedua . Yang utama ialah Islam mesti diperjuang dan ditegakkan . Siapa yang menghalang Islam tegak , kita terpaksa berhadapan dengan mereka . Jika mereka lawan maka kita tiada pilihan lain melainkan terpaksa melawan mereka . Siapa mereka dan apa nama mereka , itu kita tidak peduli .

Saya masih ingat malah sangat segar dalam ingatan saya akan ucapan Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi di Banggol Pradong yang kemudian diangkat menjadi Amanat oleh orang ramai khasnya ahli parti :

Saudara - saudara sekelian , Percayalah
Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah
Mengekalkan undang - undang kafir , mengekalkan peraturan jahiliyyah
Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka
Percayalah saudara saudara sekelian
Perjuangan kita adalah Jihad
Ucapan kita adalah jihad
Derma kita adalah Jihad
Bergantunglah kita kepada Allah dengan [menghadapi] puak - puak ini
Kerana kalau kita mati melawan puak - puak ini
Mati kita adalah syahid , mati kita adalah mati Islam
Kita tidak perlu masuk Budha
Kita tidak perlu Hindu
Kita tidak perlu masuk Kristian
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku , agama suku

Demikianlah ucapan Tok Guru ( kalau saya silap mungkin boleh diperbetulkan . Namun inilah yang saya hafal )

Jahiliyah tidak selamanya nama dia UMNO , mungkin nama lain boleh mewakili jahiliyah . Sebagaimana yang jahat dan zalim tidak selamanya nama dia Firaun , dia boleh bernama Abu Jahal di zaman Nabi saw. Nabi pernah sebut sambit mengisyaratkan kepada kepala Abu Jahal :
هذا فرعون هذه الأمة
Inilah Firaun Ummat Ini .

Sunday, May 03, 2009

Berakhir sudah Muktamar DPPNJ Kali ke 37




Alhamdulillah Muktamar DPPNJ di Palm Villa Kulai berlangsung dengan baik dan sempurna seperti yang di jadual dan dirancangkan pada 2 dan 3 Mei 2009.




Sebaik saja memasuki sekitar Bandar Kulai, suasana Muktamar sangat dirasakan. Kibaran Bendera di sepanjang jalan sangat membanggakan. Ijam sebut, kalau macam ni punya suasana, berbaloi la dengan kos yang kita... Tahniah kepada Pemuda Kulai atas usaha bersungguh-sungguh menceriakan Suasana. Juga kepada Saudara Zaifidin (KP Gelang Patah) yang banyak menguruskan persiapan. Sebaik melangkah kedalam Dewan, suasana kemeriahan perasmian sudah di rasakan. terima kasih tidak terhingga.




Sepanjang malam perasmian menyaksikan kehadiran yang membanggakan. Seluruh perkarangan Dewan di penuhi hadirin dari pelbagai khalayak tak mengira bangsa. Rasanya ini kali pertama Perasmian Muktamar DPPNJ di hadiri jumlah yang ramai dari kalangan rakan-rakan yang belum beragama Islam. Tahniah kepada Pemuda Pulai dan Kulai yang berjaya menyusun promosi sehingga menarik jumlah hadirin yang seramai itu.




Bagi yang hadir dalam majlis perasmian tersebut pastinya tertarik dengan persembahan untuk Anugerah Tokoh Bapa Pejuang hasil buah tangan saudara Husaif dan Mahmud. Terima Kasih kepada 2 sahabat ini yang berjaya menghasilkan persembahan yang mampu menyentuh perasaan seluruh hadirin. Tidak sedikit bilangan hadirin yang menitiskan air mata kerana tersentuh dengan panjang dan peritnya jalan perjuangan Tuan Haji Sakib Bin Haji Abdul Manan yang di nobatkan sebagai tokoh bapa Pejuang atas kejayaannya mendidik anak-anak beliau untuk menjadi aktivis dalam Parti.




Selesai Majlis Perasmian, sahabat-sahabat sebut, dengan jumlah kehadiran yang begitu, dan suasana sambutan dan majlis perasmian. Hilang penat kekap.




Buat pertama kali dalam sejarah 37 tahun Pemuda PAS Johor, jawatan Ketua di pertandingkan. Meyakini keputusan jamaah adalah yang terbaik, Jawatan Ketua kekal disandang oleh Saudara Khairul Faizi dan Timbalannya secara Automatik Saudara Suhaizan.

Tahniah kepada 2 sahabatku ini, disamping tahniah jugak buat saudara Hamid yang menduduki kerusi Naib Ketua Pemuda. Mudah-mudahan gabungan 3 penggerak ini akan membawa DPPNJ ke arah yang lebih gemilang. Juga tahniah buat semua rakan seperjuangan yang dipilih menggalas tugas sebagai EXCO DPPNJ buat sessi 2009-2011. Dan Ta'ziah diatas beban dan amanah yang menunggu di depan kita. Semoga Allah membantu meringankan beban yang bakal kita galas bersama pada masa akan datang.




Sejak tengahari tadi, aku rasa tekak aku semacam, aku komplen dengan sahabat2, air mineral yang di sediakan tak cukup bagus kot menyebabkan tekak aku jadi sakit. Dalam perjalanan balik, sakit tekak makin terasa, rupanya badan ni mula bagi signal tak sihat... Sampai di Parit Yaani dalam pukul 9.45, kepala mula rasa lain macam, konsentrasi terhadap pemanduan mula berkurangan, tak boleh tahan punya pasal, berenti kat tepi Jalan, tido... Tersedar dan sambung balik drive... Nak menyampaikan rumah pukul 1 pagi, rasanya ada 5 kali kot berenti tido...




Teringat bait2 lagi Sunnah orang berjuang...




Ya Allah, kau tetapkanlah hati ini di atas jalan perjuanganMu, peliharalah hati ini dari sebarang sifat mazmumah, kurniakanlah kebaikan kepadaku, anggota keluarga yang memberi sokongan dan seluruh sahabat-sahabat seperjuanganku...




Amin...