Wednesday, January 14, 2009

Hari ke 16 di Kuala Terengganu

Salam,

15 Januari 2009

Hari ni masuk hari ke 16 kami di Kuala Terengganu. Setenang seperti yang di khabarkan oleh media, begitulah yang berlaku di sini. Kecuali perang bendera da poster yang dilihat agak rancak 1-2 hari ni, yang lain tidak ada apa-apa yang menarik untuk di khabarkan. Kesian juga dengan Ayahanda yang beberapa kali menanyakan situasi di sini, tetapi anakandanya ini tidak dapat memberikan apa-apa berita dan cerita yang boleh dianggap menarik.
Setelah giliran 4 adiknya, semalam Iman pula yang demam dan tak bersekolah. Tersentuh juga bila mengingatkan Isteri tersayang yang terpaksa mengurus anak-anak sendirian setiap hari sejak sessi sekolah 2009 bermula. Lebih terasa bila Hanani telefon sambil menangis memaklumkan yang dia demam. Giliran ke 3 selepas Mundzir dan Sofea. Sedikit sebanyak hati seorang ayah ini tersentuh dengan rengekan anak yang tidak sihat.
Ya Allah, ku serahkan kepadaMu, diriku, Keluargaku dan Harta benda ku didalam pemeliharaanMu.

Enam sebatan umat Islam minum arak dianggap berat?

Saya tinggalkan keratan akhbar dari Mstar ini untuk di nilai oleh pembaca semua...

Enam sebatan umat Islam minum arak dianggap berat

TAWAU: Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Syed Abas Syed Ali berkata hukuman enam kali sebatan rotan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang terhadap seorang lelaki dan seorang wanita Islam di negeri itu kerana meminum arak adalah terlalu berat.

Sambil menyifatkan hukuman berkenaan sebagai tidak berkesan untuk mencegah umat Islam daripada minum arak, beliau sebaliknya mencadangkan supaya pendekatan pemulihan digunakan untuk mendidik umat Islam supaya tidak mendekati tabiat haram itu.

"Itu (sebatan) bukan caranya. Lebih baik umat Islam yang ditangkap meminum arak dihantar menjalani proses pemulihan untuk membolehkan mereka meningggalkan tabiat itu.

"Penagih arak bukan mudah untuk meninggalkan tabiat berkenaan. Ia seperti perokok yang sukar meninggalkan tabiat merokok," katanya di sini hari ini.

Syed Abas yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Balung berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang yang mengenakan hukuman enam kali sebatan rotan terhadap Mohamad Nasir Mohamad, 38, dan Noorazah Baharuddin,22, seorang pelayan, kerana didapati bersalah meminum arak di sebuah pub di Pahang tahun lalu. Selain hukuman rotan, Mohamad Nasir dan Noorazah juga masingmasing dikenakan denda.

Syed Abas berkata menggunakan pendekatan hukuman berat seperti itu bukan sahaja tidak berkesan dalam mendidik umat Islam supaya menjauhi perbuatan haram itu, malah ia tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan.

"Jika inilah pendekatan yang diambil, lebih baik umat Islam diharamkan sama sekali daripada memasuki kelab malam atau pub kerana majoriti mereka yang mengunjungi tempat-tempat tersebut akan minum arak.

"Kalau tidak, beribu-ribu umat Islam akan disebat kerana meminum arak. Lebih baik mereka yang ditangkap minum arak ditahan seketika untuk membantu mereka meninggalkan tabiat berkenaan," katanya. BERNAMA

Tuesday, January 06, 2009

Berbanding kita, Betapa beruntungnya saudara kita di Palestin...

Assalamualaikum,

Aku baca Email Baba dalam keadaan letih lepas pelancaran "pertempuran" di Kuala Terengganu. Dengan pertandingan 3 penjuru, Pilihanraya P036 ni pasti mencuri tumpuan seluruh dunia. Dengan lebih 20 ribu penyokong di Pihak PAS dan bilangan penyokong yang tidak kurang banyaknya di pihak BN, Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu pasti menarik bagi orang yang meminati perkembangan Politik Malaysia. Petikan dari Malaysiakini "There are conflicting reports on the size of the crowd with one reporting that the police estimated 20,000 PAS supporters and 4,000 BN supporters had gathered for the nomination"

Pun begitu, ada satu lagi perkembangan penting dalam dunia yang menuntut keperihatian kita sebagai Umat Islam.

Hari demi hari, kita di bentangkan dengan pertambahan jiwa yang Syahid di bumi Palestin. Sejak bermulanya serangan udara minggu lalu, hingga lah serangan darat di mulakan bilangan mereka yang syahid di Palestin terus bertambah. Lebih malang bila AlJazeera melaporkan "John Holmes, the UN humanitarian chief, told reporters on Monday that officials believed as many as 25 per cent of the 548 people killed in the fighting were civilians and that Gaza's health system, overwhelmed by the more than 2,500 injured, was "increasingly precarious".

Kita dimaklumkan bagaimana usaha Yahudi untuk menjadikan Gaza sebagai padang jarak padang terkukur dengan memusnahkan bangunan Pentadbiran yang di huni HAMAS disamping pelbagai kemudahan infrastruktur yang lain dimusnahkan satu demi satu. Dengan bilangan Syuhada yang seramai ini disamping ribuan yang lain cedera, dunia masih terus membutakan mata dan memekakkan telinga.

Pun begitu, aku melihat mereka sebenarnya beruntung berbanding dengan kita di bumi Malaysia yang dikatakan "aman" dan "makmur" ini.

Masa kan tidak, sekurang-kurangnya mereka berada di medan pertempuran yang jelas siapa dipihak yang benar dan sebaliknya. Kalaupun FATAH di lihat macam pejuang Palestin, namun dunia menyaksikan sikap sebenar FATAH yang tak perlu di ulas panjang. Berbanding dengan kita di sini yang berperang dengan satu ideologi yang di pikul oleh individu Islam, sehingga menyebabkan perjuangan memartabatkan agama Allah jadi terhalang oleh umat Islam sendiri sehingga menyebabkan umat Islam di Malaysia jadi keliru.

Selain dari medan pertempuran yang jelas, Saudara kita di Palestin juga berpeluang menyempurnakan janji mereka disamping sebahagian yang lain menunggu giliran seperti yang Allah sebut Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23) ,
Zahirnya dunia melihat saudara kita dalam keadaan tersiksa. Namun percayalah rata-rata dari kalangan mereka menemui Allah dengan kebahagiaan yang hakiki. Apa peluang kita di sini untuk mencapai kebahagiaan seperti itu? Seperti juga nasib keluarga Yassir yang dilihat Syahid dalam keadaan tersiksa, namun Rasulullah menukilkan betapa beruntungnya Keluarga Yassir yang mendapat jaminan Syurga di sana...

Persoalan yang perlu kita tanyakan kepada diri kita sendiri, berapa kali kita mendoakan saudara kita di Palestin? Sudah Berapa kali kita baca Qunut Nazilah seperti yang di ajar oleh Rasulullah diwaktu umat Islam teraniaya?

Berapa banyak masa yang kita gunakan untuk membincangkan dan menginsafi nasib saudara kita di Palestin berbanding dengan masa yang kita peruntukan untuk bincang cerita Nasib Abby yang bergelar janda? atau berbanding dengan masa yang kita luangkan untuk menatap satu demi satu gambar pengantin Mawi dan Ikin?

Sama-sama kita panjangkan Qunut kita Subuh nanti dengan Qunut Nazilah, semoga Allah menurunkan pertolongannya kepada saudara-saudara kita di Palestin.

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
0136263800