Tuesday, September 23, 2008

Badar Kubra BPPNJ

Badar Kubra BPPNJ kali ni diadakan di Rumah Hj Lias di Pt Kasan Air Hitam (23 Sept). Kehadiran Naib Presiden PAS, Tn Hj Md Sabu untuk taklimat dalaman kepada pimpinan PAS Johor di susuli dengan ceramah umum.

Iftar bersama Pemuda Daerah Segamat

Alhamdulillah, dengan ditemani isteri dan anak2, dapat jugak aku hadir ke program Iftar Dewan Pemuda bagi Kawasan-kawasan di Daerah Segamat pada 22 Sept (Isnin). Program berjalan dengan lancar di Pejabat PAS Kawasan Labis. Dengan kehadiran barisan kepimpinan di 3 kawasan dalam Daerah Segamat, berserta pimpinan PAS di peringkat Kawasan dan Cawangan, majlis berlangsung dengan penuh meriah. Ust Hamid menyampaikan tazkirah di penghujung Majlis menyentuh adab sebagai seorang muslim.
Semoga 3 kawasan ini akan terus maju dan bekerja lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang...
Balik dari Segamat, sempat seekor anjing mencium "bumper" kereta... dari bunyinya... rasanya bergolek kat bawah kereta... disebabkan keadaan dan suasana yang tidak mengizinkan... terus je lah... dah pukul 1 pagi, kat Lenga pulak tu...

Thursday, September 18, 2008

Minggu ke 3 Ramadhan 1429

Minggu yang agak padat... pun Alhamdulillah Allah masih kurniakan peluang dan kekuatan untuk terus bekerja di jalanNya. Semalam (17 Ramadhan 1429) Badar Kubra DPPNJ menyaksikan sekali lagi pimpinan Dewan Pemuda PAS pusat, Negeri Johor bersama dengan pimpinan DPP Kawasan Pontian menyelami kehidupan segelintir rakyat yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Sekalipun ada di kalangan pimpinan sendiri yang hidupnya di tahap yang sama, namun peluang untuk melihat kesusahan orang lain untuk kita kembali menginsafi diri betapa kita sangat beruntung kerana Allah kurniakan dengan kehidupan yang kita ada hari ini...
Ditemani ketua DPPK Pontian yang memang dari jenis workhard dan worksmart, dan seorang ahli Unit AMAL parit Markom, kami menuju ke sebuah rumah kayu yang kelihatan uzur. Aku dok ingat rumah serupa ni hanya aku jejaki zaman kanak-kanak dan awal remaja waktu "BARAK'AN" kat kampung je. Rupanya setelah hampir 20 tahun berlalu, masih ada rumah serupa ini di atas muka bumi Johor yang tercinta ini...
Aku tak sampai hati nak ambil gambar sepanjang kami kat rumah tu, takut tuan rumah kecil hati, tapi betapa aku rasa, Ya Allah, wajarkah aku berkira-kira nak buat rumah baru, dalam keadaan masih ada orang yang tinggal di rumah seperti ini... Moga Allah ampunkan aku...
Waktu kami sampai, si ayah masih belum pulang dari kerjanya. Bekerja sebagai pemandu lori mengangkut tanah, faktor cuaca sangat mempengaruhi rezeki mereka. Macam orang menoreh getah, kalau ditakdirkan hujan, tak boleh lah dia keluar mencari rezeki, kenapa? Mungkin keadaan tanah yang basah akan menyukarkan kerja... WAllahu a'lam.
Sempat aku dengar yang sudah 2 minggu si suami tak dapat bekerja sebab hujan. Dan untuk menampung kehidupan, pasangan suami isteri ini turut mengambil upah di kebun Kelapa Sawit... Aku teringat seorang teman yang bila aku ceritakan kisah kesusahan hidup sebahagian rakyat dalam negara kita, label dia mudah... cuma orang malas je hidup susah dan miskin... Ya Allah, kalau dengan 2-3 kerja yang mereka buat ni pun masih di katakan malas... siapa agaknya yang rajin atas dunia ni?
Selesai berbuka puasa, si ayah masih belum pulang, kami solat maghrib bersama anak lelaki keluarga ini dan mengambil sedikit masa kalau-kalau si ayah akan pulang awal, mungkin dia ke destinasi yang agak jauh hari ini dan terpaksa pulang lewat, walaupun telah di maklumkan akan kehadiran kami... Menjelang jam 8 malam, kami mohon izin untuk kembali ke Markas Parit Ismail sebab masih ada program lain menanti... Kami sempat sampaikan amanah sedikit sumbangan dari Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, mungkin sekadar cukup untuk membeli hidangan berbuka hari esok, namun itulah saja kemampuan kami, kami doakan Allah mudahkan kehidupan mereka di hari mendatang...
Syukurilah apa yang kita ada hari ini...

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan kali ni...

Ramadhan kali ni betul-terasa... bila di susun lawatan dan Iftar ke Kawasan-kawasan, terasa betul luasnya negeri Johor, banyaknya kawasan yang nak di lawati... Alhamdulillah di susun ikut zon dan Daerah, kalau nak pegi dari satu kawasan ke satu kawasan, alamat... 26 hari buka merata-rata... tu belum lagi cerita program kat cawangan... Suka orang umah, tak yah buat buka puasa... hehehe gurau je yang...
Alhamdulillah minggu pertama di kosongkan sikit dari program negeri, kecuali program dalam kawasan. Sempat la curi masa sikit untuk family... Semalam jumpa Pak Abu kat Ar Rahmah, dia dah tanya, bila nak bincang Pusat Aduan... Adusss ada lagi yang tak settle rupanya... Minggu ni rasanya yang sempat Isnin je lah... pas tu dah jadi kembara seniman Jalanan. Macam-macamnya kena keluar 3 hari weekend ni... Mersing, JB, KL...
Alhamdulillah isteri tersayang sangat memahami... Semoga Allah memberkati hidup kita atas kesabaranmu dengan suami yang hidupnya tak seperti manusia lain...
Amin...

Sekadar coretan menghibur jiwa...

Assalamualaikum,

Seronok gak bila dapat tau, ramai rupanya rakan sepemikiran. .. walaupun selalu gak aku cari kawan2 kat Teknik tiap kali Muktamar, Ijtima' etc tapi tak jumpa, tapi rupanya walaupun setakat ni aku tak jumpa kawan2 Teknik yang jadi aktivis dan buat kerja huru-hara macam aku, tapi at least aku tau aku tak bersendirian kat Teknik...

Masa himpunan BERSIH yang Zam kata cuma 10 ribu orang dulu korang tak join ke? At least aku ada bukti aku ada kat himpunan Bersih tu... http://www.youtube.com/watch?v=duOuCHIcss4&NR=1 ... Hehehe, saja nak riak sikit...

... Aku teringat lagu Brothers... Selama Ini ku mencari-cari teman yang sejati, buat menemani perjuangan suci...

To be honest, klu orang yg tak terlibat secara direct dgn PAS pun rasa Tuan Guru lebih layak memimpin negara, apatah lagi bagi sesiapa yang duduk di tempat aku sekarang... 10 kali lebih mengidam untuk tengok Malaysia ni di pimpin oleh pemimpin yang subuhnya mengimamkan solat, diiringi dengan kuliah, yang setelah 18 tahun jadi MB masih duduk di rumah kayu sebelah masjid... yang aku yakin mampu mengubah landskap politik dan sosial negara kita...

Actually aku just nak citer sikit tentang soalan si Bob tentang kenapa orang2 rapat dgn Anwar sorang-sorang lari... Bukan nak bela Anwar sangat... Cuma bila Bob tanya kemana perginya orang2 yg rapat dengan Anwar... Utk pengetahuan korang, suka tak suka diaorang ni dah lama hidup senang dengan overhead yang tinggi. Contohnya, ada sorang pemimpin KeADILan yang waktu dia mula terjun sebagai pembangkang, pendapatan mula terjejas bila bisnes mula kena kacau, bila sedara mara nak bantu dan tanya overhead dia... jangan tak caya... dia sebut installment kereta je 36 ribu sebulan... camana kawan2 nak tolong... hehehe.

Suka tak suka Ezam pun selama ni hidup dengan saving dia je, tapi nak ceritanya, mewah tak mewah hidup dia ni, Harrier dia ilang, minggu depan keluar Harrier baru... (korang bole imagine la berapa banyak dia punya saving)... tapi gunung pun kalau hari-hari kena cangkul rata gak, lagi pulak kalau pakai excavator... Bila dah mula rasa gunung tu nak rata, mula la gelabah, terpaksa la cari bantuan untuk tambak tanah balik...

Tapi mana nak letak muka, kalau dulu dia kata ada 16 kotak dokumen rasuah kabinet Pak Lah, tapi sebab dia buat U turn, hilang semua kotak tu... tak tau la mana dia simpan. Disini kelebihan kebanyakan pemimpin PAS yang ratanya hidup sederhana.

Arwah Ustaz Fadzil, bila orang kaya offer nak bagi dia Merc, dia kata harga Merc tu kalau di belikan Ambulan, ramai orang boleh dapat manfaat. Maka di belikan lah Ambulan dengan duit tu Akhirnya Allah takdirkan itulah Ambulan yang bawa dia ke Hospital sebelum dia meninggal. Bila orang Offer nak bagi Business class ticket, dia jawab, dok kat Business class pun sampai 2-3 saat awal je dari orang lain, baik duit tu di gunakan untuk jamaah...

Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob, sampai akhir hayat dia pakai Mercedes... tapi mercedes Batman... tu pun orang Simpang Renggam belikan. Arwah YB Mallik Yusof ADUN Tahan Pahang, pencen Auditor FELDA, jadi ADUN lagi, tapi pakai baju pun bertampal sana sini. Biasa anak2 tak tukar baju waktu raya. pernah satu masa datang ceramah kat Muar, Pajero yang dia bawah tu, tayar dah keluar dawai... orang tanya, dia kata "boleh pakai lagi tu...". Kawan2 kat Muar bawah kereta tu pegi tukarkan tayar dan repair bumper yang berikat dengan dawai...

Dengan kehidupan yang serba sederhana macam ni, tak de lah masalah bila rezekinya manusia sekat, sebab mereka yakin Allah tak akan sekat rezeki mereka...

Sekadar coretan menghibur jiwa...

Wassalam...

Mohd Faizul Bin Mohd Salleh0136263800

Thursday, September 11, 2008

Tazkirah Ramadhan dari Ust Zaharuddin

Zaharuddin Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian Zaharuddin Abd Rahman

https://workforce.petronas.com.my/,DanaInfo=zaharuddin.net+
17 Oktober 2006

16 Sept... Kenapa Anwar???

Salam,

Politik Malaysia sekarang ni penuh dengan segala kemungkinan. .. Itu sebab jawapan Tuan Guru Presiden PAS bila di tanya tentang jawatan Perdana menteri, di jawam simple je, kita tak nak jadi mat jenin, benda belum tentu berlaku, dok tgh panjat pokok, berangan jadi raja, lepas tu jatuh pokok...

Dalam Politik Malaysia ni kita kena akui kita menggunakan prinsip demokrasi, siapa menang banyak kerusi dia la jadi ketua. Dalam konteks hari ni, PKR paling banyak kerusi, so takdirnya berlaku 16 sept ni, org PKR la yang akan jadi PM, sebab dia ada lebih 40 kerusi berbanding PAS yang ada 23. Pun begitu, peranan YDP Agong pun tak boleh di kesampingkan. .. kita tengok apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu. Kat Perak lebih menarik, bila PAS yang menang kerusi paling sikit, tapi jadi MB atas nasihat dan kehendak Istana...

Satu ulasan yang menarik oleh seorang penganalisis Politik, bila orang sibuk memperkatakan tentang kuasa politik Melayu semakin terhakis. Dia sebut ianya berpunca dari orang Melayu sendiri yang tak mahu buat perubahan dan masih nak terima pemimpin yang korup, rasuah dan tidak bermoral jadi pemimpin. Siapa berani nafikan bahawa UMNO lebih korup berbanding PAS dan PKR? Siapa boleh nafikan pemimpin DAP lebih berakhlak berbanding MCA? Buka lah rekod mahkamah, mahupun akhbar, buatlah penilaian sendiri. Dalam keadaan bangsa lain merasakan tidak sewajarnya pemimpin rosak seperti ini memegang kuasa. Maka keputusan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini memberi semacam hukuman dan peringatan untuk orang melayu menilai semula sokongan mengkhinzir buta terhadap UMNO dan BN.

Tahukah anda bahawa anak Chua Soi Lek boleh menang di Labis sebab undi orang Melayu? Orang cina di Labis pun tak nak keturunan penzina ni jadi wakil rakyat mereka. Semua pemimpin MCA dan MIC yang duduk di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen hari ni sebenarnya menang dengan undi orang Melayu, dalam keadaan orang cina dan India sendiri tak nak mereka. Tahukah anda ada peti undi bukan melayu yang tak bagi walau satu undi pun kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya ke 12?

Sama-sama beri kesedaran kepada anak bangsa kita supaya lebih sayangkan Negara, bukan sayangkan UMNO dan BN...

Wassalam
Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
0136263800

Wednesday, September 03, 2008

Sedihnya...

Assalamualaikum,

Sedih bila memikirkan kempen pemilihan tahun depan rupanya dianggap sangat penting oleh sesetengah golongan dan perlu dimulakan seawal sekarang...

Agak sedih bila melihat kegiatan mengadu domba dan memburuk-burukkan pimpinan "ini" dan "itu" agak berleluasa.

Sedih bila ada dikalangan ahli yang meletakkan wala' pada pimpinan "ini", tapi mempertikaikan authority pimpinan "itu" untuk membuat kenyataan...

Sedih bila ada dikalangan ahli yang membincangkan perkara-perkara penting dan rahsia melalui telefon dan Email tanpa memikirkan yang kita mungkin membocorkan rahsia jamaah.

Sekadar satu renungan hasil nukilan Ustaz Nasaruddin Tantawi dari blognya http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Sahabat-sahabat yang dikasihi.
MANUSIA ADA RUANG BUAT SALAH DAN SILAP
Kita semua adalah manusia. Manusia ada peluang buat salah dan silap. Gigi dan lidah lagilah tergigit, inikan pula kita dalam sebuah jamaah yang besar. Ahlinya daripada seorang ulamak sehingga kepada seorang jahil.......syarat utama keahliannya ialah Islam. Kalau kafir tak boleh. Bila jamaah besar, ahlinya pelbagai tahap pemikiran, kerenah dan kedudukan, aktivitinya banyak MAKA pertelagahan mungkin berlaku DAN hampir mustahil tak berlaku perbalahan dan seumpamanya. Sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu ayah dan beberapa orang anak boleh tercetus perbalahan, apatah lagi kita jamaah yang ratusan ribu ahlinya.
APA YANG KITA NAK PELIHARA DAN PUPUK?
Oleh itu semua kita samada AHLI dan PEMIMPIN hendaklah sedaya upaya menjaga sebaik-baiknya ..........
1. Ikatan Jamaah
2. Ikatan Iman dan
3. Ikatan Ukhuwwah.
Jagalah ianya lebih daripada menjaga keluarga sendiri. Sentiasalah meletakkan kepentingan jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Jauhkan diri dari virus-virus dan kuman-kuman yang merosak dan menjahanamkan jamaah sekaligus membahayakan diri kita sendiri selaku individu dalam jamaah. Sentiasalah mengingati pesanan ALlah dalam surah al-Hujurat yang bermaksud
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat
(Al-Hujurat : 10).
APA SIFAT DAN SIFAT YANG WAJIB ADA DALAM MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH?
1. Tabayyun bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima.
Jangan mudah menerima berita tanpa ditapis dan diselidiki kesohihannya. Suratkhabar, blog, tv, radio, sms adalah ibarat tong sampah.....jangan main hentam aje. Paling tidak, letakkan status benda-benda tadi adalah "fasiq".

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(al-hujurat:6)
2. ’Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan.
Janganlah kita merasakan kita sahaja yang pandai, banyak sumbangan dan berkorban; orang lain baru sahaja berada di medan dakwah dan jihad......aku dah lama berjuang. Suka sangat syaitan mendengarnya. Al-Quran mengajar kita,
"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ."
(al-Hujurat:11).
3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain.
Surah Hujurat menjelaskan sikap yang patut diambil oleh mukmin mujahid;"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'"
Hujurat:ayat 11.

Mencela sesama muslim mukmin mujahid dalam ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.

Kita mesti sedar kalau kita memperlekehkan pimpinan bermakna kita memperlekehkan diri kita sendiri. Kalau kita mendedahkan keaiban jamaah bererti kita mendedahkan keaiban diri sendiri. Barang diingat bahawa media bukan medan tempat penyelesaian masalah jamaah.
4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama mukmin.
"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk).
al-Hujurat"
Janganlah memanggil atau menggelarkan sahabat sendiri dengan sebutan yang tidak baik. "Tengoklah ustaz gila tu!" "Wow hebat ustaz bingung tu" "Aku rasa kalau pemimpin umnowi, kita tendang aje".....macam-macam kita dengar di cuping telinga.
Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman.

Sucikan hati mu. Janganlah kebencian, permusuhan kamu terhadap seseorang sekalipun musuhmu menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Jangan diikut perasaan marah(ghadab).
5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka.
"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa.
AL-HUJURAT: 8"

Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Dalam sejarah perjuangan terlalu banyak berlaku perkara yang tidak diingini akibat sifat Su' Zon(buruk sangka). Lebih-lebih lagi apabila musuh pandai mencampak isu.
Lihat surah an-Nur ayat 11 hingga 16.
Peristiwa yang menimpa Umm al-Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar yang difitnahkan "berbuat jahat" dengan Safwan sahabat Nabi saw. Bayangkan kalau zaman Jamaah Islam di bawah pimpinan RasuluLlah saw boleh berlaku......bagaimana di zaman kita ini.
Oleh sebab itu dua sikap yang mesti ada kepada ahli dan pimpinan Islam ketika DALAM MENGHADAPI ISU DAN PROVOKASI MUSUH ialah:
i. MENGUTAMAKAN HUSNU-ZAN (BERSANGKA BAIK). Salah satu sikap(mawaqif) yang harus kita miliki di dalam mengembangkan AMANAH DAN JIHAD MENEGAKKAN SYARIAT ALlah di bumi ini. BERHUSNUZAN(baik sangka) kepada saudara sejamaah walaupun siapapun dia atau dari kelompok manapun.
ii. MENGUTAMAKAN JAMAAH DAN PERPADUAN.
6. ’Adamu at-Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.
Perbuatan ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metodenya masing-masing, yang berusaha semaksima mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Kalau cari salah orang, memang jumpa. Salah sendiri walaupun "bapak besar" tak nampak.
7. Ijtinab al-Ghibah iaitu jauhi mengumpat.
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?"
Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui." "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w.
Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang)."
jawab Rasulullah s.a.w.
Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."
Khulasahnya kita wajib menjaga kesatuan dan perpaduan jamaah dan memelihara ukhuwwah/persaudaraan. BUKTIKAN anda benar-benar mukmin dan ikhlas dalam perjuangan dengan melakukan A, B dan C terhadap sahabat yang bertelagah dengan anda.
A = Memaafkan kesalahan sahabat kita tu.B=Berdoa kepada ALLAH agar dosanya diampunkan.C= Doa dan harapkan sahabat itu dalam kebaikan terutamanya dalam doa rabitah(bayangkan mukanya waktu berdoa).
Saya yakin, kita mampu melakukannya walaupun tidak mudah. Ayuh kita cari keredhaan ALlah walaupun dalam kemarahan manusia.
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
0136263800

Sayangnya kita dengan tulisan jawi

Syukur...

Masih ada lagi yang perihatin dengan tulisan Jawi rupanya... Cuma ramai yang lupa, Theresa cuma buang satu papan tanda bertulisan jawi... Tapi siapa yang sebenarnya membuang tulisan jawi dari sistem pendidikan kita? Agak-agak mana lebih serius? buang tulisan jawi pada papan tanda jalan, atau buang tulisan jawi dari sistem pendidikan?

Waktu Khir Johari memansuhkan tulisan jawi dari kurikulum pendidikan kita dulu, puas kita bantah, tapi mereka tetap berbangga dengan keputusan mereka. Hari ni siapa yang nak kita persalahkan? Kalau orang Islam dan Melayu pun tak rasa tulisan jawi tu penting, apa kita nak harap Teresa dan Tan Seng Giaw pentingkan tulisan kita?

Diperingkat PAS, bantahan memang di buat, walaupun dikatakan kami dalam satu Pakatan, tapi atas perkara dasar yang menyentuh persoalan Islam, kami tak pernah bertolak ansur. Contohnya dalam isu konsert Ella yang lalu. Bagi kami, bait-bait takbir bukan setakat di kumandangkan waktu raya saja, tapi perlu di kumandangkan dalam jiwa pada setiap masa...
Mohd Faizul Bin Mohd Salleh0136263800