Salam,
Berada di perkarangan rumah MB Perak di malam "pemecatannya" oleh Istana, menyaksikan betapa dalam jangka waktu yang singkat ini, Kerajaan ini sangat di sayangi oleh rakyat. Mungkin ada yang kata ana tulis begitu sebab ana orang PAS. Tapi hakikatnya sesiapa pun yang berada di sana pada malam tadi pasti menyaksikan perkara yang sama.
Kebetulan Kami duduk berhampiran tembok di bahagian belakang rumah rasmi MB, datang seorang wanita yang hanya dapat melihat dari bahagian luar kemudian bertanya kepada kami tentang keadaan MB. "MB Ok ke?" sambil menitiskan air mata.
Hamid yang merayau di seluruh perkarangan rumah MB menyatakan ramai dari kalangan pengunjung yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata dengan apa yang berlaku terhadap Menteri Besar mereka. Bagi kita yang tinggal jauh dari bumi Perak mungkin tidak begitu terasa, tapi bagi mereka... Allah saja yang tahu bagaimana perasaan mereka.

Wallahua'lam
2 comments:
Ada kemungkinan tak sebab pemecatan MB ni kerana semua exco drp DAP dan MB tidak dpt mengawal mereka2 ini lagi. DAP mengambil kesempatan ini supaya tanah2 diberikan kepada org2 cina di Perak dan menyebabkan sultan murka.
Secara umumnya itulah yang cuba di tanam oleh UMNO/BN kepada masyarakat umum untuk menghalalkan kerja haram Jason King merampas kuasa Kerajaan Pasir Dua Butir.
Dalam perbincangan dari hati ke hati dengan sahabat-sahabat di Perak, isu tu tak timbul sebenarnya.
Kalau itu isunya kenapa 3000 ekar tanah diberikan kepada orang cina? tapi 7000 ekar tanah kepada orang melayu kenapa tidak di ceritakan?
3000 ekar yang di berikan hakmilik tu merupakan tanah yang telah mereka duduki sejak sebelum merdeka (Penempatan di Kampung Baru oleh JK Briggs berlangsung pada tahun 1950).
Sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, tidakkah sebagai rakyat yang merdeka dan menduduki sekeping tanah sekitar 3000 kaki persegi sejak zaman datuk mereka, mereka berhak mendapat hak yang sepatutnya?
Kenapa cerita hakmilik 7000 ekar kampung Melayu Tersusun di seluruh Negeri Perak yang keluasan setiap keping jauh lebih luas berbanding yang di perolehi oleh orang-orang cina di gelapkan?
Wallahua'lam
Post a Comment