Petikan dari http://www.msomelayu.com/archives/177
Pada tahun 1977 satu krisis politik tercetus antara Menteri Besar, Muhammad Nasir (Allahyarham) dengan 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (Kumpulan 20). Krisis ini meletus daripada desakan Pas supaya Muhammad Nasir meletakkan jawatan sebagai MB. Adapun kenapa Pas membuat desakan itu kerana Muhammad Nasir tidak berperanan untuk parti dan lebih mirip akur kepada Umno.
Muhammad Nasir degil untuk tidak meletakkan jawatan. Pas tidak ada jalan lain melainkan mengemukakan usul undi tidak percaya di DUN Kelantan bagi menyingkirkan Muhammad Nasir. Usul itu diterima dan Muhammad Nasir ditolak oleh DUN Kelantan sebagai MB.
Muhammad Nasir tidak berpuas hati dan meminta supaya Pemangkau Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya peringkat DUN Kelantan diadakan. Beliau membuat cadangan itu atas kapasiti beliau sebagai MB. Muhamamd Nasir tidak menerima dan memperakui usul undi tidak percaya yang dibuat oleh DUN itu.
Malangnya pemangkua Sultan tidak memberi perkenan atas permintaan Muhammad Nasir sebab Pas masih mnguasai DUN Kelantan.
Penolakan itu mengecewakan Muhamamd Nasir. Besar kemungkinan ada dalang yang menyuruh Muhammad Nasir berbuat demikian. Dalang itu pasti Umno kerana sekiranya DUN dibubarkan Umno akan mengambil kesempatan atas pilihan raya yang akan diadakan. Dalam keadaan Pas berada dalam kemelut begitu (perang Budu mungkin) mereka akan menang.
Bila Pemangkau Sultan enggan membubar Dewan, satu perancangan lain diatur untuk menimbulkan huruhara di Kelantan. Sekumpulan rakyat yang diupah Umno mengambil kesempatan menimbulkan suasana buruk. Mereka mengarak dan mengusungkan Muhammad Nasir atas tandu ke beberapa daerah untuk menjelaskan apa yang berlaku.
Muhammad Nasir dinobatkan sebagai pemimpin jujur dan ikhlas. Rahsia Pas yang menjadi rahsia bersama semasa dia berlaki bini dengan Pas juga habis dihembur keluar.Hasilnya rakyat sudah mula naik angin. Hasutan dari Umno berjaya menjadikan rakyat pening dan menerima Muhammad Nasir sebagai tokoh jujur dan ikhlas. Pas khasnya kumpulan 20 dilihat sebagai watak-watak antogonis yang mengkhianti rakyat Kelantan.
Himpunan dan perakan berlaku di sekitar Bandar Kota Baru dan bandar-badar lain. Rumah-rumah wakil rakyat direjam dengan batu (pinjam istilah Menteri Agama, Zahid Hamidi) dipecahkan cermin dan sebagainya. Apa yang dinamakan rusuhan pun berlaku. Kebakarana juga terjadi di beberapa tempat di Kota Bharu, menjadikan bandar itu laksana dibom Jepun.
Kebakaran itu sebenarnya kebakaran tayar buruk yang sudah disusun.Keadaan dilihat seperti tidak terkawal. Lalu perintah berkurung di istyharkan di Kota Bharu. Berikutan itu juga satu sidang khas Parlimen diadakan untuk membentang usul untuk meletakkan Kelantan dibawah pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran)
Kalau tidak silap pemerintahan Mageran di Kelantan berlangsung kurang enam bulan saja. Selepas itu pada 11 Mac 1978 satu pilihan raya diadakan untuk Kelantan. Dan seperti dirancangkan pilihan raya itu dimenangi oleh Umno yang bergabung dengan Muhammad Nasir yang telah menubuhkan parti Barisan Jemaah Rakyat Malaysia (Berjasa). Pas hanya menang dua kerusi saja daripda 39 kerusi DUN.
Apakah senario, tragedi dan pengakhiran sebegitu juga akan berlaku di Perak? Nota: Muhammad Nasir diakhir hayatnya telah kembali semula menyertai Pas dan beliau meninggal dunia di Australia dan disemadikan di sana. [wm.kl 6:00 am 08/02/09]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment