Monday, February 09, 2009

Sejarah yang berulang di Perak

Salam,

Bercakap tentang sejarah 1977 di Kelantan, rasanya Sejarah 1974 di Perak pun perlu di pandang sama. Di waktu Sultan Idris memerintah, baginda enggan memperkenankan Tan Sri Ghazali Jawi (Bapa Tajol Rosli, MB Perak ke 9) untuk menjadi Menteri besar. Keengganan baginda berasas kerana TS Ghazali pernah di kaitkan dengan tuduhan Rasuah sewaktu menjadi menteri Besar pada tahun 1957-1960.


Keadaan ini menyebabkan Menteri Besar tidak terlantik sehinggalah 4 September 1974 apabila Sultan di pujuk untuk melantik TS Ghazali untuk tempoh 2 tahun sahaja. Baginda hanya dimaklumkan bahawa baginda tidak berhak menggugurkan Jawatan Menteri Besar dari Tan Sri Ghazali Jawi 2 hari selepas majlis angkat Sumpah.


Setelah selesai tempoh 2 tahun, maka Sultan Idris telah menimbulkan janji Tan Sri Ghazali namun di sanggah termasuk oleh Pemuda UMNO pada ketika itu yang menyatakan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat menteri Besar.


Keadaan ini menyebabkan berlaku krisis antara Istana Perak dan UMNO yang berlanjutan hingglah 1977 apabila Tun Hussein Onn pada ketika itu meminta Tan Sri Ghazali meletakkan Jawatan pada 1 Oktober 1977 dan di ganti dengan Dato Hj Wan Mohammad Wan Teh. Kemurkaan Sultan ini jelas di sebut oleh Baginda dalam ucapan-ucapan umum sehingga baginda bernazar untuk tidak mencukur janggut selagi Tan Sri Ghazali masih menjadi menteri Besar.


Namun hari ini, di sebabkan yang menjadi pemimpin di Pusat adalah dari kalangan UMNO, Sejarah berulang, tetapi jalan ceritanya berbeza, Tiba-tiba Sultan dari negeri yang sama dapat kuasa untuk memecat Menteri Besar... Wallahua'lam


Maklumat di perolehi dari


No comments: