Abot and friends.
First of all, klu di tanya pada korang semua, secara jujurnya siapa yang merasakan "Perpindahan" 3 ADUN PR menjadi wakil bebas adalah secara sukarela tanpa sebarang unsur luaran? Samada dalam bentuk paksaan mahupun dorongan dalam apa juga bentuk. Dalam keadaan wujud dakwaan tawaran mencecah puluhan juta sebelum itu. Walaupun UMNO menafikan dengan sekeras-kerasnya mereka terlibat "menghlilangkan" 3 ADUN ini, tetapi dunia melihat apa penghujung episod kehilangan itu. Klu ada yg rasa mereka memang "melompat" dengan penuh keikhlasan, aku nak tau gak siapa yang rasa macam tu.
Di situlah asas masalah yang berlaku di Perak hari ini. bermula dengan "kehilangan" selama berhari-hari 3 orang ADUN berkenaan yang kemudiannya muncul selepas Speaker Dewan mengemukakan surat perletakkan jawatan mereka kepada SPR, dengan alasan cuti sakit. Teruk betul sakitnya sampai phone pun tak boleh on dan nak beritahu anak isteri pun tak dapat.
Lebih mendukacitakan apabila SPR menolak Notis pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering dari Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sedangkan sebelum itu, bekas pengerusinya, Tan Sri Rashid yang terkenal dengan sikap tidak adilnya terhadap Pakatan Rakyat, menjelaskan yang SPR perlu mengadakan Pilihanraya setelah mendapat notis dari Speaker, kerana Speaker berkuasa penuh atas perkara tersebut.
Keadaan semakin gawat apabila Nasarudin yang baru 10 hari meninggalkan BN turut hilang. Isterinya menghubungi Datuk Nizar memaklumkan yang suaminya di culik. Akhirnya berlakulah apa yang berlaku, sehingga ketiga-tiga mereka muncul dalam sidang media di Putra Jaya oleh Najib Tun Razak mengumumkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional.
Pada masa yang sama, MB Perak telah mengemukakan permohonan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan sidang DUN bagi membolehkan rakyat menentukan pilihan mereka. Tetapi Sultan membuat keputusan untuk menolak permintaan Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya berkenan melantik Menteri Besar yang baru dari kalangan BN.
Kalau diikutkan tulisan barisan peguam, Kalaupun nak di jatuhkan Menteri besar yang ada hari ini, perlu melalui proses pengundian di Sidang Dewan Undangan Negeri melalui sidang DUN tergempar dan diikuti dengan pengundian. Namun Sultan telah bertindak seperti yang di maklumi...
Dari sudut tindakan MB dan EXCO pakatan, apa yang di pertahankan bukan jawatan itu, tetapi mandat dari rakyat yang perlu di hormati. Itu sebabnya mereka lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya Negeri. Kalau BN benar-benar merasakan rakyat bersama mereka, mereka sepatutnya bersedia untuk menghadapi Pilihanraya, biar rakyat menentukan kedudukan mereka.
Namun telah tertulis, Hari ini menyaksikan satu sejarah hitam dalam negara bila suara rakyat di khianati, rakyat menyuarakan kemarahan tanpa mengira siapa. Bila rasa hormat sudah tiada, Dikhabarkan kereta DYMM Sultan Perak turut menjadi mangsa kemarahan rakyat. DYMM Sultan Azlan Shah baru-baru ini pernah menitahkan bahawa institusi raja di Malaysia perlu bersedia untuk di "muzium"kan. Tapi aku bimbang, apa yang berlaku baru-baru ini mempercepatkan proses tersebut berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terbukti jelas taktik kotor BN nih!
Post a Comment