Friday, April 10, 2009

Selesai Pertarungan di 2 bukit.

Alhamdulillah,

Proses pengundian berlangsung dengan baik dan sempurna pada 7 April yang lalu. Kesemua tempat mengundi di 3 DUN di buka dan di tutup mengikut jadual. Kecuali kekecohan yang berlaku di Peti Undi Air Kuning iaitu Pusat Mengundi Sekolah Menengah Pengkalan Aor seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini, tempat mengundi lain menyaksikan keadaan yang baik dan sempurna.

Sebaik saja pusat mengundi di tutup, aku kemas barang-barang mana yang patut, meninggalkan Pusat Mengundi SJKC Sin Min, yang merupakan pusat mengundi bagi Peti Undi Simpang Lama dan Simpang Baru. Seperti yang di rancang, setelah lebih sebulan berada di Taiping, (bermula pada 2 Mac 2009) lepas maghrib ni kami akan bertolak balik ke Johor.
Tak lama lepas masuk tol Changkat Jering, Ismad SMS, setelah lebih 18 ribu undi di kira, PAS mendahului dengan lebih 2000 undi. Malam 7 April ni menyaksikan buat SMS Berita Harian yang aku langgan menghantar berita yang out dated... dah dekat 11 malam baru hantar keputusan setakat pukul 8.30. Sedangkan sekitar pukul 9 mlm, SMS Harakah dah maklumkan confirm PAS Menang di Bukit Gantang.
Hj Hanapiah yang aku hubungi juga dalam perjalanan balik ke Kemaman turut menzahirkan kegembiraan atas kemenangan Peti Undi Pengkalan Aor yang kami di tugaskan untuk menjaganya. Lebih manis bila kami dapat maklumat bahawa semua saluran di 3 Peti Undi yang kami jaga menang dengan bergaya. Majoriti 482 di Pengkalan Aor, 338 di Simpang Lama dan 624 di Simpang Baru.
Sepanjang perbincangan tentang implikasi kemenangan Pakatan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang menyebabkan aku rasa meremang bulu roma memikirkan tanggungjawab yang semakin besar tergalas di bahu orang-orang yang mengaku menjadi pejuang Islam. Sekalipun Batang Air tidak berjaya kami tawan, namun InsyaAllah usaha untuk "membuka" kawasan tersebut tidak akan terhenti setakat ini.
Sampai kat Hentian Tapah, berenti minum. Aku cakap kat Abang Hamid, kalau nak tau berapa ramai penyokong PAS kat situ, try Takbir. Abg Hamid yg memang "gonjol" sikit terus jerit Takbir!!! dan seluruh perkarangan Hentian Tapah malam tu bergema dengan laungan Allahuakbar.
Lepas beli minuman dan makanan, nampak YB Salahuddin menuju kepada kumpulan kami. Kali ni aku pulak jerit Takbir 3 kali dan 3 kali lah laungan Allahuakbar bergema di kawasan hentian tersebut malam tu. Serentak dengan itu juga meja kami jadi tumpuan untuk para penyokong pakatan yang datang untuk bersalam dengan Salahuddin.
Pengalaman kemenangan ini sungguh manis untuk di kenang, hilang penat sebulan di Taiping... Tak termasuk penat berlari tiap hari di Taman Tasik Taiping... Semoga Allah terus memelihara dan mengekalkan mood kemenangan sehingga terjelma kemenangan mengatasi kebathilan...
Wallahua'lam

No comments: