Friday, October 10, 2008

Dapat ketenangan seketika...

Semakin hari, penat mengikuti perkembangan politik negara makin terasa... rasa macam dah nak masuk tabligh dah... Pagi ni, sementara tunggu kawan di Angsana, merayau-rayau kat Kedai Buku Badan Cemerlang, terjumpa buku yang biasa dah tengok, tapi dah lupa isi kandungannya... Bahtera Penyelamat oleh Fathi Yakan.
Bermula dengan kata pengantarnya yang mengingatkan tentang kehidupan Insan yang bergelar penda'wah pastinya tidak lari dari ujian dan halangan-halangan serta peringatan agar para Da'ie tidak mudah undur dek kerana ujian dan halangan-halangan ini...
Cabaran dan dugaan utama para penda'wah adalah sepertimana yang digambarkan oleh Nabi SAW dalam hadisnya yang di takhrijkan oleh Abu Bakar Lal dari Hadith Anas yang bermaksud,
Orang Mukmin sentiasa berada diambang 5 dugaan yang sukar
  1. Mukmin yang dengki padanya.
  2. Munafik yang benci padanya
  3. Kafir yang memeranginya
  4. Syaitan yang berusaha menyesatkannya
  5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Membaca bahagian pertama dari buku ini, sedikit sebanyak memberi ketenangan dan menghilangkan penat dalam menghadapi isu pertembungan 2 aliran pemikiran dalam PAS. Sedikit sebanyak memberi gambaran suasana yang berlaku dalam PAS hari ini bukan perkara yang asing dalam sejarah gerakan Islam.

Cuma dalam kita menghadapi dan mendepani suasana ini, marilah sama-sama kita cuba sebaik mungkin mengelakkan dari mendedahkan aib sahabat yang berada dalam saf perjuangan yang sama dengan kita. Di satu pihak menceritakan keburukan sahabat lain dalam keadaan apa yang di beritakan itu belum sahih duduk perkaranya. Sama-samalah kita muhasabah diri kita dengan ayat 11 dari Surah An Nur. Mudah-mudahan Allah melimpahi kita dengan keampunannya.

No comments: