Menyaksikan isu Muzakarah yang sengaja dicetuskan oleh Pak Lah Badawi suka tak suka menyebabkan ramai dikalangan ahli yang jadi lemas dan termakan dengan racun yang ditabur dengan sengaja. Politik Pak Lah terlalu kasar, terlalu mudah dibaca niat buruknya bila melontarkan isu Muzakarah ini kepada khalayak.
Bagi sesetengah orang ianya memang sangat sensitif. Saya masih belum lahir waktu PAS menyertai BN dan waktu PAS keluar dari BN. Namun sebagai ahli, kebimbangan untuk dipatuk dari lubang yang sama tidak dapat disembunyikan.
Pun begitu, mengapa tidak kita menerima bahawa semua pertemuan yang berlaku itu merupakan pertemuan yang tidak menghasilkan sebarang komitmen dari pihak PAS. Seandainya benar berlaku tawaran dan perbincangan kearah itu (harap-harap tidak) saya yakin Muktamar di Ipoh yang akan berlangsung mulai 13 Ogos ini akan menjadi medan untuk masing-masing melontarkan hujah dan pandangan menurut perspektif masing-masing sepertimana yang disebut oleh Tuan Guru Mursyidul Am.
Apa pun perlu kita melihat setiap perkara itu ada baik dan buruknya. Sepertimana arak, teruk mana pun UMNO ni mungkin ada sedikit kebaikannya. Cuma disebabkan keburukannya tu lebih banyak dari kebaikannya, mungkin adalah lebih baik ianya tidak diambil.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment