Kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat merupakan suatu perkara yang tidak mungkin dapat di kawal apatah lagi dihalang. Dengan kadar kenaikan mencecah 40 peratus bagi Petrol, ianya memberi kesan besar bagi hampir seluruh rakyat. Satu kiraan matematik yang mudah dapat menjelaskan kepada kita tentang dangkalnya pemikiran para pemimpin negara hari ini dengan pelbagai bentuk cadangan penyelesaian mereka.
Bagi sebahagian keluarga di Malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM2000,00. Kenaikan harga minyak ini memberi kesan besar dalam perbelanjaan seharian mereka. Seandainya selama ini mereka memerlukan RM300 setiap bulan untuk petrol mereka, bermakna mereka perlu memperuntukan sekitar RM120 tambahan setiap bulan untuk petrol mereka sahaja.
Dengan tidak mengambilkira kenaikan harga barangan lain yang sudah pasti tidak mungkin dapat di tahan, setiap keluarga ini memerlukan tambahan RM120 sebulan bermakna tambahan sebanyak 6 peratus dari keseluruhan pendapatan.
Seandainya kenaikan harga barangan lain diambil kira, bermakna setiap keluarga ini memerlukan tambahan 10 peratus dari jumlah pendapatan bulanan untuk memastikan mereka terus bertahan. Bagaimana pula dengan keluarga yang berpendapatan kurang dari RM2000 sebulan?
Tekanan hidup ini pastinya akan menambah bilangan rakyat Malaysia yang mengalami Tekanan jiwa setiap tahun, mungkin akan menambah bilangan rakyat Malaysia yang akan mengambil langkah mudah untuk mengatasi masalah kehidupan mereka dengan menamatkan hidup mereka...
Siapakah yang perlu bertanggungjawab atas apa yang bakal berlaku nanti akibat dari kesan kenaikan harga Petrol dan Diesel ini? Semoga Pat Lah dan Kabinet Dapurnya dapat mencari penyelesaian atas masalah yang mereka timbulkan...

No comments:
Post a Comment